Jul
19

Vesta semakin jelas!

Tag: misi angkasa, penemuan, blog

Cuba tengok foto terbaru (atas)  asteroid gergasi Vesta. Cukup menakjubkan kerana ini merupakan kali pertama ia dilihat oleh manusia sejak kewujudannya berbilion tahun dahulu! Foto terbaru ini bertarikh 17 Julai, dan ia mempunyai resolusi 1.4km setiap pixel.

 
Image credit: NASA/JPL-Caltech/UCLA/MPS/DLR/IDA
 
Pada 15 Julai lepas, kapal angkasa DAWN menjadi kapal angkasa pertama yang memasuki orbit sebuah objek yang berada di kawasan jaluran asteroid di antara Marikh dan Musytari.
 
Foto yang diambil di atas digunakan untuk tujuan navigasi, tetapi ia amat jelas berbanding foto yang pernah diambil sebelum ini. Jarak DAWN dan Vesta ketika foto ini diambil ialah 15,000km. Walaupun jauh, kita sudah mula boleh lihat dengan jelas ciri-ciri permukaan asteroid gergasi ini.
 
Menunggu data-data terbaru cukup mengujakan. Namun, kita mempunyai setahun lamanya untuk meneropong, meneliti dan mengkasi asteroid ini, sebelum DAWN beredar dari orbit Vesta dan menuju ke planet kerdil, Ceres, pula.
 
Bagi membayangkan saiz diameter Vesta (530km) ini, cuba lihat gambarajah di bawah, di mana saya membandingkan saiznya dengan Semenanjung Malaysia! Foto Vesta dari NASA manakala peta Malaysia dari Google Earth. Garisan merah itu menunjukkan panjang 530km jika diunjurkan secara lurus dari Johor Bharu ke Seberang Perai!
 
 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system