Bayangkan jika kita cuba melintas sebuah lebuh raya yang sibuk. Bermula dari lorong perlahan, jumlah kereta mungkin tidak banyak. Tetapi lama kelamaan, kita bergerak menuju ke lorong laju, jumlah kereta bertambah dan semakin laju!
[Diskus artikel] Musim juraian meteor Leonids sudah kembali. Pada jam 5.43 pagi 18 Nov 2009, dijangkakan kadar kemunculan juraian meteor boleh mencecah sehingga 500 meteor sejam! Tahun ini juga tarikhnya jatuh pada awal bulan Hijrah. Ini bermaksud Bulan tidak akan berada di langit ketika Leonids memuncak pada waktu tersebut.
Maklumat di bawah telah diambil berdasarkan kiraan rasmi di laman web International Meteor Organization. ZHR bermaksud Zenithal Hourly Rate iaitu jumlah meteor yang boleh dilihat dalam masa sejam jika Radian meteor tersebut berada di zenith (tegak atas kepala) dan keadaan cuaca sempurna.Jumlah ini akan berkurangan jika Radiannya semakin rendah ke ufuk serta cuaca (samada gangguan cahaya bulan, pencemaran cahaya dari bandar, jerebu dan seumpamanya).