HEBAHAN PANGGILAN KERTAS KERJA
(Hebahan Pertama - 30 April 2007)
SEMINAR ILMU FALAK SEMPENA SAMBUTAN 20 TAHUN

Tema:
ILMU FALAK MENYONSONG ZAMAN, MENJANA TAMADUN
Tarikh
28hb – 29hb Jamadilakhir 1428 (Jumaat-Sabtu)
13hb –14hb Julai 2007
HEBAHAN PANGGILAN KERTAS KERJA
(Hebahan Pertama - 30 April 2007)
SEMINAR ILMU FALAK SEMPENA SAMBUTAN 20 TAHUN

Tema:
ILMU FALAK MENYONSONG ZAMAN, MENJANA TAMADUN
Tarikh
28hb – 29hb Jamadilakhir 1428 (Jumaat-Sabtu)
13hb –14hb Julai 2007
Universiti Darul Iman (UDM) akan menganjurkan Seminar Falak UDM 2007 Peringkat Kebangsaan pada
30 April 2007 bersamaan 12 RabiulAkhir 1428
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu
Pembentang kertas kerja seminar adalah antara lain:
1. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abd Aziz (USM) - Astronomi Dalam Islam: Satu Perspektif Kotemporari
Alhamdullillah sesi cerapan dan sedikit pameran sempena Majlis Ijtimak Ulama Se-Nusantara ke-2 di Yayasan Al-Jenderami, telah dilakukan dengan sebaik mungkin pada 2 malam berturut-turut, iaitu malam Sabtu dan malam Ahad
Persekitaran Yayasan yang cukup indah dan permai ini, disulami dengan zikir dan ceramah pengajian, menambahkan lagi kemanisan sesi cerapan serba ringkas, tetapi penuh bermakna bagi pengunjung yang datang ke Majlis ini.
Kompleks Yayasan Al-Jenderami di Sepang, Selangor akan menganjurkan Majlis Ijtima' Ulama Pondok Senusantara ke-2, bersempena dengan sambutan Maulidurrasul 1428 Hijrah, bermula 12 hingga 15 April 2007 bersamaan 24 hingga 27 Rabiul-Awal 1428.
Tema tahun ini ialah Mengembalikan Warisan Nabawi di Nusantara.
Beberapa minggu yang lepas ini amat sibuk bagi saya untuk mengemaskini laman web ini, almaklum lah tanggungjawab di pejabat kena tunaikan! Tapi sambil-sambil free waktu makan ini, saya cuba war-warkan apa yang berlaku di sana-sini dalam dunia astronomi.
Dikhabarkan Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan kursus Falak - Arah Qiblat pada 12-14 April akan datang.Jadi sesiapa yang berminat boleh klik link di sebelah kanan laman web ini untuk dapatkan maklumat lanjut.
Nota: Imej disebelah bukanlah bentuk sebenar hilal. Ia hanya sekadar ilustrasi sahaja.
Berita daripada laman web Bernama baru-baru ini menyatakan tarikh melihat anak bulan Ramadhan ialah pada hari Jumaat, 22 Sep 2006, bersamaan 29 Syaaban 1427 Hijrah.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen
Lokasi melihat anak bulan adalah seperti berikut...
Juraian meteor GEMINIDS pada tahun ini akan berlaku ketika Bulan hampir dalam fasa Bulan Penuh. Oleh itu, walaupun pada asasnya Geminids merupakan satu juraian yang aktif, dengan hampir 60 biji meteor boleh dilihat dalam masa sejam, namun kali ini hanya yang tercerah sahaja yang mungkin dapat dilihat oleh kita.
Sebuah perjumpaan informal Falak-Online akan diadakan di Summit USJ, bersempena
dengan Astronomy Fair yang akan diadakan bermula esok hingga Ahad ini.
Kawasan sekitar gerai salah seorang ahli forum Falak-Online, sdra CK, akan
menjadi tempat perjumpaan ini.