Masih ingatkan anda semua akan pasangan Bulan dan Musytari, mendominasi langit pada 13 Okt lepas? Kini setelah hampir sebulan berlalu, Bulan sekali lagi melewati berhampiran dengan Musytari, pada jarak yang hampir sama seperti bulan lepas.
Cuba jenguk-jenguk langit malam esok (9 Nov 2011), ke arah timur. Anda akan dapat lihat pasangan objek ini amat jelas sekali!
Tapi saya tak tau la arah timur ni dekat mana?
Jangan risau, kalau tak tau jugak mana timur, cari je Bulan di langit lepas Isya, lebih kurang jam 9 malam ... timur lah tu!
Saya tak ada teleskop lah nak tengok, ruginya!
Apasal pula nak guna teleskop? Bulan dan Musytari ini amat cerah di langit, dan boleh tengok dengan mata kasar je.. tak perlu guna teleskop.
Eeee.. takutla nak tengok... ni ada kesan terhadap bumi ke? tsunami ke?
Laaaa... mana pulak dapat idea ni! Pergerakan planet di langit tidak mempunyai kesan langsung terhadap cuaca di Bumi. Bulan pula akan beri kesan pasang surut laut yang kita alami tiap-tiap bulan. Jadi, tak ada yang pelik sangat dengan fenomena ini.
Tapi, tapi... saya ada terbaca di internet fenomena ini berlaku setiap 5000 tahun etc etc etc...
Laaaa..... mana pulak baca berita ni! Saya sarankan dapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan bukan main tangkap muat je dan pos ke status facebook. Bikin kecoh satu Malaysia je! Fenomena Bulan menghampiri planet-planet seperti Musytari ini sentiasa berlaku hampir setiap bulan. Ini disebabkan pergerakan Bulan merentasi langit Bumi ketika ia bergerak di dalam orbitnya. Jadi, ia perkara biasa. Yang patut direnungkan ialah bukan kepelikan fenomena ini, tetapi keindahan pergerakan harmoni objek-objek angkasa yang tidak pernah lewat sesaat atau laju sesaat, serta tidak berlanggar sana sini tanpa sebab. Semua ikut Sunnatullah!
Ok ok jom teropong!!
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.