Oct
30

Satelit di angkasa, bagaimana rupanya dari Bumi..

Tag: jom teropong, satelit, blog

Seringkali di dalam ceramah astronomi yang saya sampaikan, pasti akan diceritakan berkenaan dengan bagaimana rupanya sebuah satelit yang sedang mengelilingi bumi, kelihatan dari kita yang sedang berada di bumi.

Secara amnya, satelit akan bercahaya seperti sebuah bintang, tetapi ia tidak akan berkelip-kelip seperti bintang. Satu lagi ciri yang membezakannya dengan bintang-bintang yang berada di langit ialah kebanyakkan dari satelit ini akan bergerak, samada perlahan atau agak laju.

Oleh itu, bagaimana rupanya jika ia melintasi di langit? Seorang ahli astronomi amatur, Kevin Fetter dari Brockville, Ontario, telah merakam bukan satu, tetapi dua buah satelit yang sedang melintasi kawasan buruj Leo. Satelit yang dirakam ialah SkyMed-2 dari Italian Space Agency, manakala sebuah lagi ialah Tiangong 1, stesyen angkasa baru China.

Sumber video asal di SINI.

Jelas di sini, satelit boleh memancar dengan agak terang dan mudah dilihat dengan mata kasar. Saya syorkan agar para pembaca mencuba menjejaki satelit-satelit ini dengan menggunakan utiliti kiraan di internet seperti di http://spaceweather.com/flybys

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system