Juraian meteor Lyrids akan memuncak pada awal pagi 22 April nanti. Kali ini, cahaya bulan tidak mengganggu kerana ia tinggal lebih kurang 2 hari sebelum itjimak. Di lokasi-lokasi yang gelap, dianggarkan sehingga 20 meteor sejam boleh dilihat.
Fenomena langit yang fokus kepada komet, meteor dan asteroid
Meteor Lyrids awal pagi 22 April ini!
Komet Kopff menunggu
Disebalik kemunculan komet baru, C/2009 F6 Yi-SWAN, di langit utara, kita masih mempunyai peluang untuk menjejaki sebuah lagi komet yang sedang berada di langit selatan, dipersekitaran buruj Sagittarius dan Capricorn.
Komet Lulin dan "The Opposition Effect"
Komet Lulin berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi semalam, dan dalam masa 24 jam ini, ia akan berada tepat arah berlawanan daripada matahari. Ahli astronomi mengatakan, akan berlaku suatu fenomena yang dipanggil "opposition effect", di mana ekor Komet tersebut akan mencari cerah buat beberapa seketika.
Menanti kunjungan Lulin bersama Zuhal awal pagi 24 Feb nanti.
Bermula malam esok sehinggalah awal pagi hari Selasa, Komet Lulin akan merentasi planet Zuhal! Pada ketika ia mudah dilihat di langit sekitar jam 10 malam, ia berada 3 degree dari Zuhal. Kemudian menjelang awal pagi Rabu, sekitar jam 6 am , ia menghampiri Zuhal sebanyak 2 degree! Ini bermakna ia bergerak sejauh 1 degree dalam masa 7 jam sahaja!
Terkini Komet Lulin
Laporan terbaru menyatakan Komet Lulin kini telah mencecah magnitud 5.6 dan boleh dilihat dengan senang di persekitaran buruj Virgo. Dalam masa kurang dari seminggu lagi, ia akan melintasi berhampiran Zuhal. Kecerahannya akan berlipat kali ganda apabila ia berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 24 Februari nanti.
Komet, Gerhana dan Lintasan ISS
Komet Lulin yang semakin cerah di awal pagi, sudah mula mencapai kecerahan magnitud mata kasar. Dianggarkan beberapan minggu mendatang, ia akan menjadi lebih terang dan mudah dilihat dari kawasan langit yang gelap. Kedudukan komet ini sekarang ialah di kawasan buruj Libra, iaitu berhampiran dengan buruj Scorpio.
Komet Kushida dari LNO
KZayck dari Langkawi National Observatory telah merakamkan foto komet Kushida baru-baru ini. Buat masa ini, Bulan sedang mengambang dipersekitaran kawasan komet tersebut, lalu menyukarkan sedikit untuk menjejakinya. Namun, menurut En. Karzaman minggu hadapan mungkin masa yang lebih sesuai memandangkan kedudukan Bulan semakin jauh ketika itu.
Apa-apa pun, jom kejar komet-komet ini!
Komet Lulin dari LNO
Update (8 Jan): Foto En. KZ dah berjaya keluar di muka hadapan laman web Spaceweather.com hari ini !
Komet Kushida di awal malam, Komet Lulin menjelang Subuh

Menarik. Saya sedang meneliti maklumat terbaru kehadiran komet pada bulan ini dan mendapati 2 buah komet sedang berada pada kecerahan yang agak memuaskan.
(Imej Kiri: Dec. 29, 2008 Tony Farkas)
(Imej Kanan: Dec. 29, 2008 Rolando Ligustri)
Aktiviti jeling-jeling cari Meteor Geminids di Pantai Kelanang, Sabtu 13 Disember 2008 ini
Jangan lupa, juraian meteor Geminids akan memuncak pada 13 dan 14 Disember ini. Ia berlaku apabila Bumi melintasi kawasan laluan komet 3200 Phaethon. Habuk dan debu peninggalan komet inilah yang akan membentuk hujan meteor Geminids.


