Saya ada menerima beberapa pertanyaan berkenaan dengan tarikh hari raya tahun ini, yang mana mungkin berbeza bagi negeri-negeri di Semenanjung berbanding di Sabah dan Sarawak. Berdasarkan kiraan ada sedikit berbeza dari segi umur dan posisi bulan-matahari.
Menambahkan kekeliruan lagi, hilal Aidilfitri kali ini amat hampir dengan syarat minima kriteria imakur rukyah.
Terus terang saya bukan ahli di dalam bab ini. Tetapi berdasarkan beberapa siri pertanyaan kepada ahli-ahli yang terlibat dengan pencerapan hilal, saya boleh rumuskan seperti berikut:
1. Malaysia mengikut kriteria imkanur rukyah yang mana syaratnya adalah ketika matahari terbenam ketinggian dari ufuk lebih atau sama dengan 2 darjah dan elongasi lebih dari 3 darjah ATAU umur bulan lebih dari 8
2. Brunei menggunakan kaedah rukyah (bukan imkamur rukyah) untuk menentukan kewujudan Hilal.
3. Malaysia pakai konsep matlak dan kesatuan hukum.
4. Kawasan melihat anak bulan meliputi dari Kampung Ateamu, Sabah (paling Timur
) hingga Tanjung Cincin, Langkawi, Kedah (paling Barat). Mana-mana kawasan diantara kedua tempat itu mencukupi syarat maka ia sudah memadai.
Jika dilihat pada poin no.4, maka hilal kali ini, walaupun dijangka tidak semua kawasan nampak, tetapi terdapat juga kawasan yang berpotensi nampak, maka ia dikira cukup syarat.
Walaubagaimanapun, ini adalah rumusan peribadi saya. Disyorkan agar dihubungi pegawai-pegawai Falak di Jabatan Mufti berhampiran untuk mendapatkan penjelasan lebih jelas.
Dan rasminya dari Pengumuman Rasmi Tarikh Aidilfitri oleh Majlis Raja-Raja nanti.
adakah gempa bumi di jepun dan beberapa tempat di dunia antara sebab kita melihat keunikan tarikh jatuhnya hari raya aidilfitri kali ini agak unik berbanding beberapa tahun sebelumnya ???
Comments
adakah gempa bumi di jepun dan beberapa tempat di dunia antara sebab kita melihat keunikan tarikh jatuhnya hari raya aidilfitri kali ini agak unik berbanding beberapa tahun sebelumnya ???
Hmmm.. belum ada nampak data yang berkaitan.. kalau ada mungkin boleh share.
Anyway, gempa memang selalu berlaku pun...
Wallahualam