Ruangan Forum Mengalami Gangguan Sementara
Ruangan forum Falak Online mengalami gangguan buat sementara waktu. Saya sedang dalam usaha mengenalpasti masalahnya.
Alhamdulillah, Forum Falak Online telah kembali beroperasi seperti sediakala.
Harap maaf atas segala kesulitan.
Sesi Cerapan dan Astronomy Talk Show di Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya, Shah Alam malam ini (26 Mac)
Surau As-Sakeenah TTDI Jaya, Shah Alam akan menganjurkan Sesi Cerapan dan Talk Show Astronomi pada
Jumaat Malam Sabtu: 26 Mac 2010 ini Waktu: Lepas Isya'
Zuhal, Gelang dan Pembaris Plastik
(Image credit: NASA Cassini-Huygens)
Zuhal merentasi posisi Istiqbalnya ahad lepas. Saya pun tak pasti bagaimana boleh terlepas pandang tarikh tersebut. Besar kemungkinan saya sedang bertungkus lumus mencari kaedah terbaik untuk astrofotgrafi di Punggai, Johor pada hujung minggu tersebut.
Walaupun begitu, peredaran planet-planet merentasi orbitnya tetap berlaku dan tidak akan menuggu sesiapa. Namun, ada juga yang tertanya-tanya. Jika terlepas untuk melihat Zuhal pada tarikh keramat 22 Mac lepas, rugi lah!






