Search Box Google
Tak pasti kenapa Search Box Drupal begitu payah nak keluarkan result, jadi saya telah masukkan Search Box Google untuk pencarian artikel atau istilah di dalam web utama dan forum komuniti Falak Online.
Search Box tersebut berada di bawah senarai artikel utama (skrol ke bawah).
Maaf atas segala kesulitan.
Lagi imej menakjubkan dari Hubble!
"Mystic Mountain". Gelaran terbaru yang diberikan kepada sebuah Nebula di dalam buruj Carina yang berjaya dirakam oleh Teleskop Hubble. Ia merupakan satu hadiah istimewa dari Hubble kepada kita di Bumi, sempena harijadinya yang ke-20 baru-baru ini!
Saya terpegun dengan complexity struktur Nebula ini. Percaya atau tidak, yang kita lihat ini hanya sebahagian kecil daripada sebuah Nebula gergasi, yang juga merupakan kawasan kelahiran bintang yang terbesar di dalam galaksi Bima Sakti kita!
Himpunan Zuhrah dan Utarid
Planet Zuhrah dan Utarid sekali lagi akan berhimpun di langit beberapa hari mendatang ini. Perhatikan arah Barat, di lokasi di mana matahari terbenam. Mulakan pemerhatian sekitar jam 7.30 PM. Zuhrah akan kelihatan seperti sebutir 'bintang' yang amat cerah. Kemudian, dengan teliti cuba lihat ke arah kanan bawah darinya. Planet Utarid akan kelihatan seperti sebutir bintang yang kecil mendampingi Zuhrah.
Kedua-dua planet ini akan kelihatan bergerak bersama-sama ke arah kanan selama 3-4 hari sebelum Utarid kembali menjunam rendah ke arah ufuk meninggalkan Zuhrah keseorangan.






