Jejaki Komet R1 McNaught di awal pagi
Maklumat terkini berkenaan dengan sebuah komet yang sedang bersinar di atas paras magnitud 10 buat masa ini dan sedang meningkat kecerahannya.
Komet C/2009 R1 McNaught. Ditemui pada 9 Sep 2009 oleh R.H. McNaught dari lokasi Siding Spring Australia.Info yang saya petik daripada laman web Weekly Information about Bright Comets menyatakan buat masa ini (awal Mei), ia akan bersinar pada magnitud 9.9 dan 9.2 seminggu selepas itu.
Gerhana Zuhrah 16 Mei 2010
[NOTA Tambahan: Fenomena ini boleh dilihat dengan mata kasar, tidak perlu teleskop] Saya sedang melayari laman web Falak KUSZA, dan ternampak satu maklumat berkenaan dengan fenomena penghijaban yang akan berlaku antara planet Zuhrah dan Bulan pada 16 Mei 2010 nanti.
Bagaimana saya boleh terlepas pandang fenomena itu pun, Wallahualam. Tetapi mujur ada jaringan falak lain seperti KUSZA yang memberi peringatan, Alhamdulillah.
R2 D2 di ISS
Saya pernah bertanya, agak-agaknya bila masanya robot akan mula melakukan kerja-kerja di angkasalepas, terutama di persekitaran orbit bumi. Jangan cerita berkenaan kejayaan robot Spirit dan Opportunity yang sedang merayap-rayap di planet Marikh, kerana itu merupakan satu kehebatan teknologi yang menakjubkan. Angkasa lepas, bagi saya tempat yang begitu banyak risiko terutama untuk manusia.






