Home
Home Berita

Berita Dalam Negara dan Nusantara

Soal Selidik Peralatan Fotografi

Submitted by shahgazer on Sat, 27/02/2010 - 08:03.
  • Alat Rakaman
  • Astrofotografi
  • Berita Tempatan dan Nusantara

Fotografi dan Astronomi sudah menjadi sinonim dan tidak boleh dipisahkan. Hari ini, kedua-dua bidang yang dinamik ini sudah menjadi satu dan mendapat nama baru iaitu astrofotografi.

 

Kemunculan beberapa siri model kamera, terutama dari cabang DSLR telah menunjuk kemampuan yang begitu menakjubkan di dalam pengambilan foto-foto objek angkasa. Seperti yang sedia maklum, objek-objek cakerawala hampir kesemuanya amat malap dan mengeluarkan cahaya yang amat kecil. Oleh itu, beberapa kaedah dan konfigurasi yang spesifik perlu dibuat di dalam kamera yang digunakan. Di antaranya adalah seperti masa dedahan yang lama, penggunaan lensa yang mempunyai nilai-f yang rendah dan sebagainya.

 

Namun begitu, kemajuan teknologi fotografi sekarang bergerak begitu pantas, malah boleh dikatakan sama dengan apa yang berlaku terhadap teknologi komputer peribadi lebih sedekad yang lalu. Pemilik kamera DSLR bertambah setiap hari. Dan menariknya, pengguna-pengguna DSLR turut berminat di dalam satu rangkaian hobi yang semakin mendapat tempat di Malaysia, iaitu Astrofotografi.

 

Di dalam forum Falak Online (FO), nama-nama seperti mymoon, universe24, perseid, redzuan, dan marowi (dan ramai lagi) merupakan tokoh-tokoh yang begitu aktif dan menggemari aktiviti seumpama ini. Hasil-hasil mereka boleh dilihat menerusi forum di SINI.

 

Salah seorang ahli FO, En. Redzuan yang juga merupakan pegawai outreach di Planetarium Negara, sedang di dalam proses mengumpul fakta-fakta peralatan DSLR yang dimiliki oleh ahli-ahli FO. Beberapa siri projek menarik sedang dirancang oleh beliau dalam masa terdekat. "Bagi melicinkan proses ini, saya amat berharap agar ahli Falak Online dapat berkongsi maklumat mengenai peralatan kamera yang sedang digunakan", ujar beliau.

 

Maklumat yang diperlukan amat mudah, jenama dan model kamera DSLR serta lensa-lensa yang digunakan bersama.

 

Saya sendiri amat tertarik dengan usaha yang dibuat oleh En. Redzuan kerana ia akan membuka lembaran baru bidang astronomi di Malaysia. Maka, saya mengalu-alukan anda semua untuk turut serta di dalam survey yang sedang dibuat. Sila pos maklumat anda menerusi forum , atau boleh PM terus kepada En. Redzuan.

 

Perbincangan lanjut boleh didapati DI SINI

  • Login to post comments

Bulan Perigee lagi, Marikh pun nak ikut sekali!

Submitted by shahgazer on Thu, 28/01/2010 - 22:36.
  • Alat Rakaman
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Bulan
  • Lain-lain
  • Pengumuman
  • Teleskop

Jumaat ini, sedar atau tidak, merupakan fenomena Bulan Perigee sekali lagi. Bulan perigee bermaksud ia pada jarak yang paling hampir dengan Bumir di dalam orbit sebulannya.

Oleh itu, jangan rasa pelik jika Bulan Purnama yang kelihatan esok nampak macam besar sikit, kerana ia memang pun agak besar, iaitu 14% lebih besar dan 30% lebih terang!

 

Bonus bagi kita semua, Marikh akan berada hampir dengan Bulan, dan kebetulan juga ia berada di posisi Istqibalnya untuk tahun 2010.

Amat menarik kerana ia boleh dikatakan sebagai fenomena 2 dalam 1, di dalam satu malam/tarikh yang sama.

 

Di balaicerap Universiti Malaya, dijadualkan sebuah cerapan umum akan dianjurkan pada malam esok, Jumaat 29 Jan 2010. Semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan aktiviti malam itu.

 

InsyaAllah saya akan cuba hadir jika dapat selesai beberapa kerja. Jika ada, saya akan buat demo eksplorasi permukaan Bulan menerusi Mallincam bersama-sama dengan peta gergasi Bulan. Jangan setakat pandang saja, jom kenali bulan dengan lebih intim!

 

Dan Marikh akan cuba dicerap menerusi teleskop refractor Equinox 80mm. Kita akan cuba bandingkan perbezaan imej yang dihasilkan menerusi SCT dan Refractor.

 

Jom Teropong!

 Image credit and copyright: Anthony Ayiomamitis: details. Source: Spaceweather.com

  • Login to post comments

Marikh 2010!

Submitted by shahgazer on Wed, 20/01/2010 - 09:48.
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Data Istiqbal Planet & Asteroid
  • Lain-lain
  • Tip mencerap

Planet Marikh sekali lagi akan bergerak menghampiri Bumi pada akhir bulan ini. Kali terakhir ia berlaku ialah pada akhir tahun 2007.

Tumpukan mata anda ke langit timur apabila selepas terbenamnya matahari dan menjelang Isya. Anda akan dapat lihat sebuah objek seperti bintang yang amat cerah berwarna oren-kemerahan menyinari langit di kawasan langit tersebut.

Itulah planet Marikh, planet ke-4 di dalam sistem suria kita dan berada pada kedudukan Istiqbal dengan Bumi.

Istiqbal merupakan satu keadaan di mana planet-planet yang berada di dalam orbit yang lebih jauh daripada Bumi, berada pada kedudukan sederet relatif kepada Bumi dan Matahari. Di dalam kes ini, Marikh-Bumi-Matahari akan berada pada satu garisan yang hampir lurus. Ini bermaknanya, sebaik sahaja matahari terbenam, Marikh akan terbit.

Pusingan planet Marikh (atau juga dikenali sebagai planet Merah) bagi setiap kedudukan istiqbal ialah setiap 26 bulan.

Ketika ini, Marikh akan berada paling hampir dengan Bumi, dan kita akan dapat melihat ciri-ciri permukaannya dengan begitu jelas dan mudah.

Namun, disebabkan orbit Marikh dan Bumi tidak seragam jauhnya daripada Matahari, maka jarak Marikh-Bumi bagi setiap kejadian istiqbal berbeza-beza. Jika anda masih ingat, tahun 2003 yang mana ketika itu Marikh berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi jika dibandingkan dengan kedudukan istiqbal yang lain.

Kali ini, Marikh tidaklah berada amat hampir tetapi mencukupi untuknya bersinar dengan cerah dan menarik perhatian kita. Kiraan falak menunjukkan kecerahan hampir menyamai kecerahan bintang paling cerah di langit, iaitu bintang Sirius.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang meneropong Marikh di sepanjang bulan Januari dan Februari ini! 

(Foto diambil oleh Pete Lawrence pada 2 Jan 2010 lepas. Sumber di sini) 

  • Login to post comments

Mari berdansa bersama Bulan dan Musytari petang ini!

Submitted by shahgazer on Mon, 18/01/2010 - 16:09.
  • Astrofotografi
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Himpunan Planetari

Info saat-saat terakhir. Pada petang ini, sebaik sahaj selepas maghrib, perhatikan ke arah ufuk Barat. Akan kelihatan Bulan sabit berumur 2 hari lebih sikit.

Yang menariknya, di sebelah Bulan, kelihatan pula planet Musytari! Kiraan saya menerusi Skymap Pro menunjukkan kedua-duanya dipisahkan sejauh 4 darjah sahaja! Dekat tu!Peluang peminat astrofoto mengambil peluang merakam fenomena ini!

Fakta: Cahaya bulan yang dilihat merupakan 1.4 saat dahulu. Tetapi cahaya Muystari disebelahnya merupakan 48 minit dahulu! Cahaya bergerak lebih kurang 300,000km sesaat. Jadi agak-agak berapa jauh kedua-dua objek ini di angkasa lepas?

(Kiri: Simulasi kedudukan objek-objek ini menerusi Stellarium) 

  • Login to post comments

Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010

Submitted by shahgazer on Fri, 08/01/2010 - 12:37.
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Data Gerhana
  • Gerhana, Hijab, Transit
  • Tip mencerap
  • gerhana2010

Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat. 

 

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

 

Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:

 

Kuala Lumpur

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM

Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

 

Kota Bharu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM

Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

 

Langkawi (Kuah)

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM

Fasa Maksimum (52%  39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM

 

Kuching

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM

Fasa Maksimum (23%  12.2% Matahari Tertutup):4:34 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM

 

Miri

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM

Fasa Maksimum (24% 12.9% Matahari Tertutup):4:41 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM

 

Kota Kinabalu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM

Fasa Maksimum (24% 13.5% Matahari Tertutup):4:44 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM

 

Nota: Kiraan dibuat berdasarkan waktu standard Malaysia. Perisian Skymap Pro (versi 8). Laman web Solar Eclipse Calculator

Ada sedikit kekeliruan terhadap data peratusan matahari tertutup di atas. Nilai sebelum ini adalah berdasarkan tafsiran salah terhadap eclipse magnitude dan bukannya eclipse obscuration.  

Laman web NASA yang disediakan oleh Fred Espanak mengandungi peta interaktif gerhana menggunakan Google Map. Klik SINI 

 

Nota: Waktu kejadian yang dipaparkan di laman web NASA adalah berdasarkan Universal Time (UT). Untuk tukar ke waktu Malaysia, sila tambah 8 jam.

 

Cara melihat gerhana 

Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta. 

Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera). 

Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection). 

Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda! 

Rujuk SINI

 

Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.

 

Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.

 Rajah di atas menunjukkan keadaan ketika gerhana maksimum dari Kuala Lumpur. Simulasi dibuat menggunakan perisian Stellarium.

 

  • Login to post comments

Perkhemahan Astronomi Menjejak Meteor Geminids

Submitted by shahgazer on Mon, 07/12/2009 - 11:21.
  • Aktiviti
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Meteor
  • Pengumuman

Sempena dengan fenomena juraian meteor Geminids, Kelab Belia Meru dengan kerjasama & sokongan Falak Online dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, akan mengadakan satu aktiviti  perkhemahan Astronomi Menjejak Meteor Geminids (lihat poster di sebelah) pada 12-13 Disember ini.

Di jangkakan pada awal lagi 13hb nanti, meteor Geminids akan muncul dalam kadar 22 meteor sejam!

Lokasi cerapan cukup gelap dan sesuai untuk melakukan penjejakan meteor ini, oleh itu jom kita meramaikan Gopeng Fishing Pond & Camp.

Maklumat lanjut boleh rujuk di SINI.

Cara-cara untuk melihat meteor boleh rujuk di SINI.  

 

  • Login to post comments

Siap sedia Meteor Leonids pada awal pagi 18 Nov 2009 nanti

Submitted by shahgazer on Sat, 31/10/2009 - 12:10.
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Data Juraian Meteor
  • Meteor

[Diskus artikel] Musim juraian meteor Leonids sudah kembali. Pada jam 5.43 pagi 18 Nov 2009, dijangkakan kadar kemunculan juraian meteor boleh mencecah sehingga 500 meteor sejam! Tahun ini juga tarikhnya jatuh pada awal bulan Hijrah. Ini bermaksud Bulan tidak akan berada di langit ketika Leonids memuncak pada waktu tersebut.

Maklumat daripada laman web NASA, berdasarkan laporan tahun lepas menunjukkan kajian yang mereka lakukan mendapati meteor Leonids tahun ini boleh mencapai taraf separa-ribut (half-storm). Sesebuah juraian meteor layak digelar sebagai ribut meteor jika kadar meteor yang dapat dilihat mencecah 1000 meteor sejam.

 Bagaimana saintis dapat mengagak jumlah meteor tersebut? Jika dilihat sejarah meteor Leonids ini, ia terhasil daripada debu-debu peninggalan Komet 55P/tempel-Tuttle ketika ia melalui kawasan orbit Bumi sekitar tahun 1466. Jaluran debu peninggalan tahun 1466 inilah yang dirempuh Bumi pada musim meteor Leonids tahun 2008, yang mana ia mencecah sehingga 100 meteor sejam. Jeremie Vaubaillon dari Caltech membuat kiraan berdasarkan modelnya, dan mendapati pada tahun ini (2009), Bumi akan sekali lagi memasuki kawasan jaluran 1466 ini dan kali ini menghampiri ke kawasan yang lebih banyak debunya. Ini akan menghasilkan jumlah meteor yang lebih banyak berbanding 2008.

Bill Cooke dari NASA turut bersetuju dengan model Jeremie dan menyatakan meteor Leonids akan memuncak di antara jam 5.34am hingga 5.44am (Waktu Malaysia).

 (Foto diambil dari kamera all-sky ketika musim Leonids 2008. Kredit: Chris Peterson, Cloudbait Observatory)

  • Login to post comments

Jom jejak Hilal Zulkaedah Petang Ini

Submitted by shahgazer on Mon, 19/10/2009 - 11:21.
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Bulan
  • Data Fasa Bulan

Pada petang ini, Hilal akan berumur 1.23 jam. Jarak angular dari matahari ialah 15 darjah dan Altitud ialah 10 darjah. Jika cuaca baik, InsyaAllah agak mudah untuk melihatnya kali ini. Jom cuba jejak Hilal Zulkaedah!

 

  • Login to post comments

Meteor Perseids kembali!

Submitted by shahgazer on Thu, 06/08/2009 - 17:56.
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Meteor
  • Tip mencerap

Meteor Perseids sudah kembali! Menjelang 12 Ogos ini, bilangan meteor daripada juraian bernama Perseids akan bertambah dari sehari ke sehari. Laporan daripada International Meteor Organization menunjukkan bahawa secara puratanya, 10 meteor sejam sudah mula kelihatan sekarang. Dan ia dijangka akan bertambah sehingga 200 meteor sejam menjelang jam 2 petang waktu Malaysia pada 12hb Ogos nanti.

Namun begitu, kehadiran Bulan akan mengganggu sedikit proses mencerap meteor kali ini. Pada malam 12hb nanti, Bulan akan mula muncul menjelang tengah malam. Oleh itu, tingkap cerapan kita hanya beberapa jam sahaja, bermula selepas Isya'.

Walaubagaimanapun, peluang yang ada jangan dilepaskan! 

Meteor Perseids ini berasal daripada peninggalan debu-debu Komet Swift-Tuttle, dan setiap 12 Ogos, orbit Bumi akan bergerak merentasi kawasan debu yang paling tebal yang akhirnya akan menghasilkan juraian meteor.  

Jom kejar Perseids!  

(Foto: Brian Emfinger dari Ozark, Arkansas pada 26 Julai lepas) 

Sumber: Spaceweather.com , Science.nasa.gov 

  • Login to post comments

Laporan Gerhana Matahari di Jiaxing

Submitted by shahgazer on Fri, 31/07/2009 - 15:56.
  • Berita Tempatan dan Nusantara

Laporan Di SINI

  • Login to post comments
123456789next ›last »

Best Viewed With

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme