HEBAHAN PANGGILAN KERTAS KERJA
(Hebahan Pertama - 30 April 2007)
SEMINAR ILMU FALAK SEMPENA SAMBUTAN 20 TAHUN

Tema:
ILMU FALAK MENYONSONG ZAMAN, MENJANA TAMADUN
Tarikh
28hb – 29hb Jamadilakhir 1428 (Jumaat-Sabtu)
13hb –14hb Julai 2007
Tempat
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor
Penganjuran:
Penganjuran bersama Persatuan Falak Syarie Malaysia dengan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Perasmi:
(dijangkakan)
YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Sasaran peserta:
Ahli-ahli Persatuan Falak Syarie Malaysia dan Ahli-ahli Bersekutunya, para pensyarah, penyelidik, saintis, agamawan, pengamal ilmu falak di jabatan kerajaan, peminat astronomi amatur dan pelajar-pelajar IPT.
Objektif:
• Memaparkan pencapaian berbagai aspek ilmu falak dalam tempoh 20 tahun
• Mencetus inovasi dan komitmen baru sebagai lanjutan perjuangan memertabatkan ilmu falak
• Menggalakkan kerjasama antara institusi dalam menjana kecemerlangan ilmu falak dalam dekad mendatang
• Meningkatkan kesedaran lebih jitu kepentingan ilmu falak dalam era ICT dan globalisasi
• Memantapkan aplikasi nilai saintifik falak sebagai wasilah ibadat.
Skop kertas kerja:
• Aplikasi falak, isu falak semasa dan ulasan biografi/karya tokoh falak tempatan.
• Pendidikan ilmu falak dan peranan institusi.
• Sorotan hukum syarak semasa berkaitan falak dan hubung kait sains – agama.
• Sejarah sains falak, arkeofalak dan etnofalak (dikhususkan berkaitan tamadun Islam atau Alam Melayu).
• Astronomi amatur, kaedah dan konsep hitungan/perisian falak.
• Hasil-hasil kajian ilmu falak termasuk takwim, inovasi peralatan, astrometri, fotometri dan spektroskopi.
Tarikh-tarikh penting:
1. Tarikh akhir penghantaran tajuk oleh pembentang : 21 Mei 2007
2. Tarikh pengesahan penerimaan tajuk oleh urusetia : 30 Mei 2007
3. Tarikh akhir penghantaran manuskrip kertas kerja : 25 Jun 2007
PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA
1. Sila hantar tajuk kertas kerja kepada Baharrudin Zainal melalui mel-e kepada:
baharzai@udm.edu.my atau alnilam@tm.net.my
atau SMS ke telefon no. 013-9802588,
sebelum atau pada 21 Mei 2007.
2. Bagi kertas kerja pula, sila hantar satu salinan kertas kerja bercetak kepada:
Baharrudin Zainal
Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA,
21300 Kuala Terengganu
DAN softcopy melalui mel-e kepada:
baharzai@udm.edu.my atau alnilam@tm.net.my,
sebelum atau pada 25 Jun 2007.
3. Sebarang pertanyaan tentang pembentangan kertas kerja dan seminar sila hubungi:
(a) Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer ( no. tel 012-2157711)
(b) Tuan Haji Kassim bin Bahali (no. tel 013-3987455)
(c) Baharrudin bin Zainal (no. tel 013-9802588)
4. Kertas kerja yang dihantar perlu mempunyai tajuk kertas kerja (Times New Roman bersaiz 14 pt, huruf besar, bold, centered), nama pengarang (Times New Roman bersaiz 12, centered) dan alamat lengkap dan mel-e (Time New Roman bersaiz 12, centered) untuk setiap pengarang yang terlibat.
5. Penulisan teks hendaklah menggunakan tulisan Times New Roman bersaiz 12. Kertas kerja boleh ditulis dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Jika kertas kerja dalam bahasa Inggeris atau bahasa Arab, pembentangan hendaklah dibuat dalam bahasa Melayu. Penggunaan tulisan jawi yang ditaip komputer juga dibenarkan.
6. Kandungan kertas kerja perlu ditaip dengan langkau satu baris (single spacing) pada kertas saiz A4. Had margin untuk teks adalah 1.2 inci dari atas, bawah dan kanan, manakala bidai kiri untuk jilid 1.3 inci. Nombor muka surat hendaklah di sebelah bawah tengah.
7. Bilangan muka surat tidak dihadkan, tetapi seboleh-bolehnya tidak melebihi 12 muka surat termasuk rujukan dan lampiran (tidak termasuk biodata).
8. Rujukan hendaklah dinyatakan di akhir manuskrip dan disusun mengikut tertib abjad pengarang (APA style).
9. Pengarang adalah bertanggungjawab menghantar manuskrip yang elok dari segi bahasa dan penulisannya.
10. Biodata penulis kertas kerja hendaklah disertakan pada akhir halaman kertas kerja. Nombor telefon pejabat dan peribadi pembentang hendaklah dinyatakan dalam biodata ini.
PEMBIAYAAN PEMBENTANG, PENYERTAAN SEMINAR DAN SESI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
1. Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kos perjalanan dan penginapan bagi pembentang kertas kerja.
2. Pembentang kertas kerja secara otomatik menjadi peserta seminar tanpa perlu membayar apa-apa yuran penyertaan seminar.
3. Bahan seminar akan disediakan kepada pembentang, manakala makan/minum untuk pembentang sepanjang seminar berlangsung bersama-sama dengan peserta seminar.
4. Susunan sesi pembentangan kertas kerja adalah mengikut budi bicara penganjur berdasarkan topik yang sesuai dengan skop bagi sesi berkenaan.
5. Masa pembentangan untuk satu kertas kerja, antara 30 minit sehingga 45 minit.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.