Semua orang sedang bersiap sedia menyaksikan hentaman kapal angkasa LCROSS ke atas permukaan Bulan pada 9 Oktober nanti, jam 7.30 petang waktu Malaysia.
Namun, hentaman ini bukan berlaku akibat kerosakan teknikal LCROSS, tetapi ia sengaja dilakukan bertujuan mencari kewujudan air di celah bayang-bayang gelap di dalam kawah bernama Caberus (berhampiran dengan kutub selatan Bulan). Apa yang cuba dilakukan oleh jurutera dan saintis NASA ialah menghentam permukaan Bulan sekuat mungkin dengan harapan gemburan debu dan serpihan permukaan itu akan melantun naik tinggi ke angkasa. Kemudian, para saintis akan memerhatikan tanda-tanda kewujudan H2O di dalam serpihan yang keluar tersebut.
Mengapa bersusah-payah melakukan demikian? Menurut NASA, sejumlah USD30,000 atau lebih kurang RM120,000 diperlukan untuk membawa 1 liter air dari Bumi ke Bulan. Jika air dapat dijumpai, ini dapat menjimatkan kos untuk koloni manusia yang bakal tinggal di permukaan Bulan pada akan datang.
Para peminat astronomi dikatakan dapat melihat kesan letupan daripada hentaman ini menerusi teleskop bersaiz 10 inci ke atas. Perbincangan di kumpulan yahoogroup Mallincam juga mendapati beberapa ahli di US dan Kanada cuba merakam meneusi kamera Mallincam yang amat sensitif dengan cahaya itu.
Agak malang bagi kita di Malaysia, kerana ketika kejadian itu berlaku, Bulan masih lagi berada di bawah ufuk. Ia hanya terbit sekitar jam 11.30 malam, iaitu 4 jam selepas ia berlaku. Namun, saya mendapat tahu beberapa buah balaicerap utama negara, seperti LNO sedang berusaha juga melihat kesan hentaman tersebut.
Jika mahu melihat kejadian bersejarah ini secara Live, kunjungi NASA TV.
Laman-laman web di bawah boleh membantu kita mendapat maklumat tambahan berkaitan kejadian ini.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.
Comments
Salam,
Jadi betul laa Nasa nak BOM bulan sbb nak cari kewujudan air jumaat ni? Kalo tgk kat youtube/CNN ramai betul yang x setuju...ehhe aper pendapat rakan2 semua?
Alang2 kalo dah kat UPSI nanti kita tgk ramai2..hehhe Jom teropong! heheheh
ABEjih