Home

Musytari Opposisi malam ini , 6 Jun 2007. Cerapan Umum di Universiti Malaya

Submitted by shahgazer on Wed, 06/06/2007 - 09:06.
  • Aktiviti
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Lain-lain

PETA KE BALAICERAP UM!  

Pada hari ini, 6 Jun 2007, planet Musytari berada di dalam kedudukan Opposition , iaitu ia berada di dalam satu garis 180 darjah dengan matahari dan bumi. Ini bermakna apabila matahari terbenam di ufuk Barat petang nanti, planet ini akan mula terbit di ufuk Timur. Satu lagi fenomena yang hampir serupa ialah ketika fenomena Bulan Purnama.

Oleh itu sukacita dimaklumkan, Makmal Fizik Angkasa Universiti Malaya akan mengadakan cerapan umum pada malam ini , 6 Jun 2007, bertempat di Balaicerap Universiti Malaya, bermula dari jam 8 mlm hingga sekitar 11 mlm.

Jika cuaca mengizinkan, kita akan berpeluang menyaksikan planet Musytari di dalam kedudukan Opposisi menggunakan teleskop-teleskop yang disediakan pada malam ini.

 Apa yang anda berpeluang untuk lihat? Pada jarak 644 juta km malam ini, dan masa cahayanya untuk sampai ke mata kita mengambil masa hampir 36 minit, kita berpeluang menyaksikan keadaan atmosferanya yang penuh dengan jalur-jalur. Dan sekitar jam 8 malam, jika sempat, kita akan cuba jejaki pusaran puting beliung gergasinya, the Great Red Spot, yang mana ketika itu sedang perlahan-lahan hilang dari pandangan kerana putaran Musytari di atas paksinya.

Di samping itu,  kesemua 4 buah bulan utama , yang sering digelar sebagai the Gallileans, akan kelihatan dengan kedudukan seperti gambarajah di atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti di UM, boleh hubungi Makmal Fizik Angkasa di talian : 03-79674100

Jom ke sana ramai-ramai.

 

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme