Antara 5 hingga 12 November ini, juraian meteor Taurids sedang berlaku. Ketika ini, Bumi sedang melalui kawasan habuk dan debu hasil peninggalan komet 2P/Encke. Menarik untuk tahun ini, ia digelar sebagai 'swarm year', iaitu di mana bilangan meteor akan kelihatan lebih banyak daripada tahun-tahun yang lain. Kali terakhir 'swarm year' berlaku ialah pada tahun 2005.
[Imej di sebelah merupakan simulasi sahaja]
Meteor Taurids ini akan kelihatan muncul daripada kawasan buruj Taurus. Buruj Taurus merupakan buruj di sebelah kiri dari buruj Orion (atau Belantik). Ketika ini buruj ini mula terbit sekitar jam 8 malam.
Bila kita harus mencerap? Memandangkan Bulan sekarang terang di langit selepas Maghrib, adalah dicadangkan kita melakukan cerapan sebaik sahaja Bulan terbenam di ufuk. Ketika itu langit lebih gelap dan memudahkan kita melihat meteor-meteor yang berkecerahan rendah.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.