Petang sebentar tadi, sementara mengambil foto himpunan Kejora dan Musytari , ternampak secara tidak sengaja, bulan sabit muda yang berada betul-betul di atas bumbung rumah jiran-jiran saya!
Perhatikan esok dan lusa, Bulan akan menyertai kumpulan himpunan planet yang sedia ada.
Lihat imej yang diambil pada petang tadi (5 Sep) di sini.
Sementara itu, semalam (4 Sep) juga langit di Sri Damansara cerah dan membolehkan saya meneruskan rakaman foto tarian Kejora dan Musytari di langit senja!.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.