Tanah runtuh di Marikh

Tag: marikh, misi angkasa, arkib

 Kejadian tanah runtuh sering berlaku di Bumi. Ia boleh dilihat di mana-mana hasil daripada hakisan tanah di cerun-cerun bukit.

Namun, pernahkah anda terfikir untuk menyaksikan kejadian tanah runtuh di planet lain?

Itulah yang telah berjaya dirakam oleh kapal angkasa HiRISE, yang kini sedang mengorbit planet Marikh dan merakam keadaan permukaannya menerusi kamera beresolusi tinggi.

Imej di sebelah menunjukkan sekurang-kurangnya 4 buah tanah runtuh SEDANG berlaku di kawasan North Polar Scarps, planet Marikh. Klik SINI untuk imej lebih besar

Foto di sebelah kiri sekali menunjukkan kawasan kejadian menerusi sudut penglihatan yang lebih luas, manakala imej di kanan merupakan imej terperinci dari kawasan berkotak putih.

Dipercayai bahan-bahan termasuk ais, debu dan bongkahan batu telah terpisah daripada salah satu bahagian tepi bukit tersebut dan menghasilkan awan debu selebar 180 meter, dan setinggi 190 meter dari bahagian dasar bukit tersebut.

Imej-imej HiRISE sebelum ini menunjukkan keadaan permukaan yang sudah pegun, tanpa sebarang perubahan. Jadi, adalah agak dapat bernasib baik kerana imej yang terbaru ini diambil ketika tanah sedang runtuh!

Lagi berita boleh dilihat di sini .

Subhanallah!

Sumber:http://hirise.lpl.arizona.edu

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system