Malam ini, bulan baru sahaja melepasi fasa First Quarter. Fasa bulan ketika ini agak menarik kerana kita akan dapat lihat kawasan di mana matahari sedang terbit di atas permukaan bulan, dari sudut menegak. Isitilah yang digunakan ialah 'terminator'.
(Foto : Carol Lakomiak: LPOD)
Sepertimana saya selalu sebut menerusi perjumpaan atau talk-show sebelum ini, waktu Bulan paling cantik dan sesuai untuk dicerap ialah ketika ia berumur sebelum 14 haribulan hijrah. Maka, pada hari ini yang bersamaan 7 Muharram, Bulan termasuk di dalam ketika tersebut.
Mengapa ia menarik? Bagi saya, masa ini kita akan dapat lihat cahaya matahari jatuh pada permukaan bulan, serta menyinari di celah-celah gunung-ganang atau kawah. Ini akan menghasilkan keadaan seolah-olah 3 dimensi dan memberi gambaran bahawa permukaan Bulan tidaklah leper atau licin seperti yang disangkakan.
Binokular pun sudah berupaya menunjukkan sesuatu yang menarik. Tetapi untuk melihat keadaan "siang-malam" permukaan Bulan ini dalam bentuk seindah-indahnya, gunalah teleskop.
Jangan lupa cuba kenalpasti nama-nama kawah dan kawasan di Bulan menggunakan perisian sedia ada. Jika anda belum mencuba, muat turun perisian bernama Virtual Moon Atlas. Saya mendapati ia amat sesuai untuk membantu kita menjelajahi permukaan Bulan.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.