Home
Home Dari Meja Pengasas

Berkenaan Falak Online

Apa sebenarnya Falak Online?

Falak Online merupakan sebuah komuniti untuk mempromosi Astronomi atau
Ilmu Falak di kalangan rakyat Malaysia khasnya, serta sahabat-sahabat
di negara Asean dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
perantaraan ilmu.

Falak Online adalah 100% percuma. Sesiapa sahaja boleh melayarinya
dan menjadi kepada ahli komuniti forum Falak Online. Anda hanya perlu
daftar dengan memberi nama pengguna dan e-mel yang sesuai untuk
pendaftaran di forum. 

Apabila anda menjadi ahli berdaftar komuniti Falak Online, anda
dibenarkan untuk berinteraksi menerusi forum, dengan ahli-ahli lain
serta mendapat beberapa fasiliti yang dikhaskan untuk ahli yang
berdaftar sahaja.

Sila daftar di sini.
Pendaftaran buat masa ini perlu mendapat pengesahan dari saya terlebih
dahulu, kerana masalah spamming yang begitu banyak. Oleh itu harap
bersabar jika pendaftaran anda lewat. Anda juga di galakkan e-mel terus
kepada saya sebaik sahaja anda mendaftar bagi membolehkan saya membuat
pengesahan secepat mungkin.


Sejarah

Falak Online secara rasminya wujud di alam siber pada akhir tahun 2002.
Ia merupakan laman web peribadi pengasasnya , iaitu saya sendiri.
Apabila masa beredar, zaman berubah, beberapa elemen baru seperti forum
telah dimasukkan ke dalamnya. Kewujudan forum ini membolehkan
pengunjung yang melayari Falak Online berinteraksi dengan saya, memberi
maklumbalas berkaitan artikel serta berkenalan dengan peminat-peminat
Falak yang lain. Populariti forum ini meningkat sehingga ia secara
tidak langsung menjadi komuniti yang tersendiri. Hari ini, Falak Online
telah mencecah secara purata 3500 hit setiap bulan!

Di Falak Online, ahli-ahlinya telah secara tidak langsung memberi
sumbangan kepada aktiviti Falak di seluruh negara. Saya selalu
tegaskan, setiap ahli mempunyai peranan yang besar di dalam
memperkasakan ilmu ini, dan harus mengekalkan suasana mesra pelanggan
tidak kira pangkat, pengalaman dan pertubuhan. Di Falak Online, tujuan
utama ialah untuk sama-sama belajar, berkongsi pengalaman, menyebarkan
berita terbaru, berbincang isu dan banyak lagi.

Ilmu Falak itu sendiri begitu banyak cabangnya. Pemafaham yang hanya
memikirkan falak itu sekadar melihat anak bulan, penentuan arah kiblat
dan seumpamanya harus dielakkan. Di dalam zaman ini, di mana teknologi
turut memainkan peranan di dalam ilmu ini, kemajuan teknologi perisian,
teknologi alat cerapan dan rakaman, penemuan berskala kosmologi tidak
harus dipandang serong sebagai cabang yang tidak perlu atau tidak
memberi makna kepada kehidupan. Begitu banyak penemuan saintis barat
pada hari ini telah mengesahkan apa yang telah Allah SWT sampaikan
kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW menerusi kitab agung
Al-Quran lebih 1400 tahun dahulu. Oleh itu, inilah masa untuk umat
Islam zaman sekarang, mengenepikan perasaan buruk sangka, dan menjadi
pelopor bergerak seiring dengan kemampuan saintis barat ketika ini.

 

Di Sebalik Tabir

Falak Online merupakan kepunyaan saya sendiri, dan segala
pengendalian dan moderating laman web dibuat sendiri. Baru-baru ini,
beberapa orang ahli Falak Online telah turun padang dan membantu untuk
mengendalikan aktiviti di luar pula. Orang itu ialah seperti saudara
Muzamir, DinPerak dan MyMoon di samping ramai lagi yang secara tidak
langsung telah menjadikan Falak Online seperti hari ini.

 

Hubungi Siapa?

Jika anda mempunyai persoalan secara Falak Online amnya, boleh
hubungi saya terus. Jemputan untuk mengadakan ceramah dan aktiviti
cerapan kecil-kecilan boleh diajukan. Falak Online kini juga
bekerjasama dengan Falak Outreach Services, sebuah syarikat pengendali
event yang berkaitan dengan Astronomi. Pengurus Aktiviti adalah saudara
Muzamir sendiri.


Terms of Services

Pengasas Falak Online berhak menentukan kelancaran komuniti Falak
Online. Pastikan anda berniat baik, berlapang dada dan sentiasa
berusaha perbincangan yang dibuat menerusi forum Falak Online berjalan
lancar, harmoni dan semangat kekeluargaan yang utuh. Saya telah
berusaha menjadikan Falak Online sebagai wadah peminat-peminat Falak
sebaik mungkin, dan kerjasama anda semua amat dihargai.

  • Login to post comments

Best Viewed With

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme