Home
Home Fenomena

Fenomena Langit - Januari 2009

Submitted by shahgazer on Tue, 30/12/2008 - 12:24.
  • Kalendar Samawi

Bulan Januari 2009 akan menyajikan kepada kita beberapa fenomena yang menarik untuk dicerap serta dijadikan sebagai target fotografi.


Pada sekitar awal bulan Januari ini, jika anda telah selesai solat Subuh dan bersiap-siap untuk ke destinasi, cuba tinjau dan jenguk langit pada jam 6 pagi. Pandang tepat tegak di atas kepala. Di situ, akan kelihatan sebuah 'bintang' yang agak cerah. Objek tersebut bukanlah bintang, tetapi ia sebenarnya planet Zuhal.

Dan jika anda mempunyai teleskop, cuba lihat ke arah planet tersebut. Pasti anda akan terkejut melihat gelangnya kelihatan amat nipis, seolah-olah seperti satu garisan sahaja. Ini disebabkan satah orbit Bumi sedang melintasi satah sistem gelang planet Zuhal, lalu menyebabkan kita melihatnya dari arah 'tepi'. Ini merupakan bukti fizikal yang jelas yang menunjukkan betapa nipisnya gelang tersebut sebenar-benarnya.

Pada 15 dan 16 hb, Bulan akan berada agak hampir dengan Zuhal. Jadi gunakanlah juga peluang itu untuk menjejaki planet ke-6 itu.

Di ufuk timur sepanjang bulan Januari agak kosong dari sebarang planet. Namun perhatikan kehadiran kembali buruj Scorpio yang telah mula terbit kembali menerjah langit di sebelah Timur.

Sementara itu, jika anda tinjau langit selepas Maghrib, sekitar jam 8 malam, planet Zuhrah (atau Kejora) terus menerus mendominasi keadaan langit pada waktu ini. Kecerahannya yang menjangkau magnitud -4.5, memboleh ia menghasilkan bayang-bayang jika dicerap dari kawasan yang gelap gelita. Terus perhatikan Zuhrah menerusi teleskop dan anda akan dapat lihat perubahan fasanya seperti fasa bulan.

Zuhrah akan mengekalkan altitud yang lebih kurang sama sepanjang bulan Januari ini.

Musytari sudah mula menghilang dari pandangan di ufuk barat, dan agak mustahil untuk dicerap dengan selesa sepanjang bulan ini.

Utarid turut menjenguk di ufuk Barat selepas Maghrib, dan berada berhampiran Musytari. Tetapi ia agak rendah untuk dilihat dengan mudah. Anda kena cuba jejakinya dari kawasan pantai yang mana ufuknya luas dan tidak terganggu.

Apa cerita Marikh? Ia berada amat jauh dari Bumi untuk bersinar terang seperti setahun yang lalu. Kedudukannya yang agak hampir dengan matahari turut menyukarkan proses pencerapan. Bulan ini tidak sesuai untuk jejaki Marikh.

Bulan akan sekali lagi berada di kedudukan perigee pada 10 Jan. Jika anda terlepas peluang untuk mengambil foto Bulan ketika ia perigee pada bulan lepas, pastikan anda gunakan peluang yang ada kali ini.

Pada 26 Jan pula akan berlaku Gerhana Matahari Annular yang akan berlaku merentasi selatan Sumatera. Kita di Malaysia hanya akan dapat lihat Gerhana Matahari Separa sahaja. Namun ia cukup menarik dan merupakan previu kepada mereka yang akan ke China pada bulan Julai nanti.

Di Malaysia, perkiraan dari Kuala Lumpur akan menyaksikan Matahari akan tertutup sebanyak 72% pada jam 5.50 petang. Keseleruhan fasa gerhana bermula dari jam 4.31 hingga 6.58 petang.

Jelas, pembukaan tahun 2009 ini penuh dengan fenomena-fenomena menarik untuk dicerap. Oleh itu teruskan mengunjungi Falak Online, manalah tahu ada ahli-ahli yang akan menganjurkan aktiviti cerapan bersama kelak.


 

Tarikh   Fenomena
 Khamis, 1 Januari 2009   Berlaku pada jam 20:00 : Kejora berada 8 deg ke bawah kiri dr Bulan
Jumaat, 2 Januari 2009   Berlaku pada jam 20:00 : Kejora berada 20 deg ke bawah kiri dr Bulan
Sabtu, 3 Januari 2009   Berlaku pada jam 23:00 : Meteor Quarantids Memuncak
Sabtu, 3 Januari 2009   Berlaku pada jam 20:00 : Kejora berada 31 deg ke bawah kiri dr Bulan
Ahad, 4 Januari 2009   Berlaku pada jam 19:56 : Bulan fasa First Quarter
Ahad, 4 Januari 2009   Berlaku pada jam 21:58 : Utarid - Greatest Elongation (19 deg East)
Ahad, 4 Januari 2009   Berlaku pada jam 23:29 : Bumi Perihelion ( 0.983 AU)
Isnin, 5 Januari 2009   Berlaku pada jam 20:00 : Bulan berada dalam kawasan buruj Pisces
Selasa, 6 Januari 2009   Berlaku pada jam 20:00 : Bulan berada dalam kawasan buruj Aries
Rabu, 7 Januari 2009   Berlaku pada jam 03:00 : Utarid - Fasa Separuh
Rabu, 7 Januari 2009   Berlaku pada jam 20:00 : Seven Sisters berada 3 deg ke bawah kiri dari Bulan
Khamis, 8 Januari 2009   Berlaku pada jam 20:00 : Seven Sisters berada 11 deg ke atas kiri dari Bulan
Jumaat, 9 Januari 2009   Berlaku pada jam 21:00 : Buruj Orion berada ke kanan dr Bulan. Buruj Auriga di kiri. Taurus di atas. Gemini di bawah.
Sabtu, 10 Januari 2009   Berlaku pada jam 18:56 : Bulan - Perigee
Ahad, 11 Januari 2009   Berlaku pada jam 11:27 : Bulan fasa Full Moon
Ahad, 11 Januari 2009   Berlaku pada jam 22:00 : Bulan, Castor dan Pollux membentuk satu garisan lurus.
Isnin, 12 Januari 2009   Berlaku pada jam 22:00 : Bulan berada dalam kawasan buruj Cancer
Selasa, 13 Januari 2009   Berlaku pada jam 23:00 : Utarid - Perihelion
Selasa, 13 Januari 2009   Berlaku pada jam 23:30 : Bintang Regulus berada amat hampir dengan Bulan
Rabu, 14 Januari 2009   Berlaku pada jam 06:00 : Zuhal berada 20 deg ke atas dari Bulan
Khamis, 15 Januari 2009   Berlaku pada jam 05:23 : Kejora - Greatest Elongation (47 deg East)
Khamis, 15 Januari 2009   Berlaku pada jam 06:00 : Zuhal berada 7 deg ke atas kanan dari Bulan
Jumaat, 16 Januari 2009   Berlaku pada jam 06:00 : Zuhal berada 10 deg ke kanan dari Bulan
Sabtu, 17 Januari 2009   Berlaku pada jam 08:00 : Kejora - Fasa Separuh
Ahad, 18 Januari 2009   Berlaku pada jam 10:46 : Bulan fasa Last Quarter
Ahad, 18 Januari 2009   Berlaku pada jam 17:35 : Utarid-Musytari 3.3 deg
Isnin, 19 Januari 2009   Berlaku pada jam 06:00 : Bintang Antares berada 31 deg ke bawah kiri dr Bulan.
Selasa, 20 Januari 2009   Berlaku pada jam 06:00 : Bintang Antares berada 19 deg ke bawah dr Bulan.
Rabu, 21 Januari 2009   Berlaku pada jam 06:00 : Bintang Antares berada 7 deg ke bawah dr Bulan.
Khamis, 22 Januari 2009   Berlaku pada jam 06:00 : Bintang Antares berada 4 deg ke atas dr Bulan.
Jumaat, 23 Januari 2009   Berlaku pada jam 05:04 : Kejora-Uranus 1.2 deg
Jumaat, 23 Januari 2009   Berlaku pada jam 08:20 : Bulan - Apogee
Sabtu, 24 Januari 2009   Berlaku pada jam 06:30 : Bulan berada dalam kawasan buruj Sagittarius
Ahad, 25 Januari 2009   Berlaku pada jam 06:55 : Marikh berada kurang 2 deg dr Bulan
Isnin, 26 Januari 2009   Berlaku pada jam 15:55 : Bulan fasa New Moon
Isnin, 26 Januari 2009   Berlaku pada jam 15:58 : Gerhana Matahari Annular
Selasa, 27 Januari 2009   Berlaku pada jam 18:19 : Utarid-Marikh 4.3 deg
Rabu, 28 Januari 2009   Berlaku pada jam 19:45 : Kejora berada 24 deg ke atas dr Bulan
Khamis, 29 Januari 2009   Berlaku pada jam 19:45 : Kejora berada 11 deg ke atas dr Bulan
Jumaat, 30 Januari 2009   Berlaku pada jam 20:00 : Kejora dan Bulan berada sebelah menyebelah
Sabtu, 31 Januari 2009   Berlaku pada jam 20:00 : Kejora berada 13 deg ke bawah kiri dr Bulan

 

 

  • Login to post comments

Best Viewed With

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme