UPDATE: Sesi astrofotografi untuk fenomena ini di Planetarium Negara. Bermula jam 6.30 Petang. InsyaAllah saya dan mymoon akan berada di sana.
Jangan lupa pada petang esok ( 1 Disember 2008 ), pandang arah Barat selepas Maghrib. Kita akan dapat lihat himpunan planetari terunggul bagi tahun 2008 ini.
Bulan bersama-sama dengan Mustytari dan Kejora akan berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga!
Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak.
Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!
Peluang bagi penggemar astrofotografi menunjukkan bakat anda masing-masing!
Jom Teropong!


