Home
Home Dari Meja Pengasas

Falak Online dan Masyarakat

Sejak kemunculan Falak Online di alam maya pada sekitar tahun 2000, begitu banyak pembaharuan telah cuba diketengahkan bagi para peminat ilmu Falak di Malaysia. Walaupun pada asalnya, saya ingin mengekalkan sumbangan Falak Online menerusi internet sahaja, tetapi hasil bantuan dan sokongan daripada ahli-ahli FO sendiri (seperti saudara Muzamir, mymoon dan ramai lagi), wadah perjuangan FO telah berubah dan mengorak langkah ke alam 'nyata'.

Beberapa liputan menerusi media telah dibuat. Begitu juga dengan beberapa kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta yang sudi menerima kehadiran FO yang serba kekurangan ini. Alhamdulillah, saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab berat dan ujian besar Allah SWT buat diri saya terutamanya, kerana ilmu yang sikit yang saya tanggungi sekarang ini pasti akan dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar kelak. Itulah yang saya paling takut dan juga takut lemas di lautan dugaan duniawi.

Kebelakangan ini, ramai juga yang ingin dan telah bekerjasama untuk menyemarakkan semangat cintakan ilmu falak di Malaysia terutamanya. Oleh itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada anda semua, dan semoga niat murni anda semua mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadi bekalan di Akhirat kelak.

Senarai di bawah merupakan ringkasan kepada beberapa aktiviti, media mahupun laman web serta blog yang telah menjadi pakatan falak dengan membawa nama Falak Online bersama-sama sehingga hari ini.

 


 

MEDIA

SINAR HARIAN : 30 Ogos 2008

Alhamdulillah, Falak Online telah keluar di media cetak baru-baru ini. Terima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana memberi peluang yang tidak disangka-sangka ini.

Klik imej di bawah untuk saiz besar

 

SINAR HARIAN : 25 Ogos 2008

 

SINAR HARIAN : 20 Ogos 2008

 

HARIAN METRO

 

 



KERJASAMA AKTIVITI & PENULISAN

Signs Lab Astronomy Club - year 2008

 

Majalah ASUH

 



PAUTAN WEB & BLOG

Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman

 

Unit Falak, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus

 

Kelab Astronomi UPSI

 

Falak Perak 

 

Astromas (Astronomi Untuk Semua)

 

Best Viewed With

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme