Tandakan dalam diari anda tarikh 1 Julai 2007, kerana pada petang selepas Maghrib hari tersebut, planet Kejora dan Zuhal akan berada amat hampir antara satu sama lain. Kedua-dua planet ini akan berada kurang 1 darjah antara satu sama lain , untuk lebih tepat lagi sekitar 44 arc minit sahaja.
Menjelang petang 1 Julai ini, cuba perhatikan kedudukan kedua-dua planet ini di langit sebelah petang. Anda akan dapat lihat dengan mudah planet Kejora, kerana ia sungguh cerah. Dan perhatikan di sebelah atas nya, akan kelihatan sebutir bintang. Itu sebenarnya ialah planet Zuhal.
Dan jika anda terus perhatikannya setiap petang menjelang 1 Julai nanti, anda akan dapat lihat Kejora perlahan-lahan menghampiri Zuhal.
Foto di sebelah diambil pada petang semalam (27 Jun, pada jam 8.48 PM), menggunakan kamera digital Sony DSC-P73 sahaja. Setting exposure pada 20 saat, f=2.8 ISO=100. Ini bukannya kamera yang canggih-canggih. Oleh itu, foto ini membuktikan amat mudah bagi sesiapa sahaja yang memiliki kamera digital, untuk mengambil foto keadaan langit.
Apa lagi, jom teropong!!
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.