Komet 17P/Holmes menerusi teleskop 8 inci

Tag: arkib

[Klik pada foto untuk imej bersaiz asal]  

Awal pagi tadi, sekali lagi cuaca agak OK. Walaupun bulan menyinar terang berhampiran dengan lokasi komet 17P/Holmes, saya dapati ia tidak patut menjadi penghalang untuk sesiapa mencuba menjejaki dan mencerapnya. Ini adalah kerana komet ini sungguh terang , dan apabila dilihat menerusi binokulars, ia masih lagi besar, bulat dan kekuningan.

Sekitar jam 2.30 pagi tadi, saya telah merakamkan komet ini menerusi teleskop Meade 8" LX90, dan Mallincam Colour Hyper. Antara banyak-banyak setting yang dicuba, saya dapati setting Senseup pada 64X adalah paling optimum untuk menunjukkan kawasan nukleus komet tersebut beserta dengan komanya yang begitu besar dan terang.

Imej di sebelah adalah hasil daripada 19 frame yang di-stack menggunakan Registax 4.

Secara umumnya, komet ini memang pelik sikit kerana ekornya tidak kelihatan langsung. Ciri yang paling jelas ialah komanya yang begitu besar mengembang bak sebuah planetari nebula!

Sementara itu, sebuah foto dari laman web Spaceweather.com menarik minat saya. Ia telah diambil oleh Eric Allen di Quebec's Observatoire du Cégep de Trois-Rivières, yang mana beliau menggabungkan 3 imej yang diambil pada 25,26 dan 27 Okt. Kemudian beliau mengambil foto planet Musytari dan sesuaikan skala imej planet Musytari jika planet itu berada pada jarak yang sama dengan komet Holmes. Hasilnya, koma komet ini sudah mengembang dan saiznya sekarang jauh lebih besar dari planet Musytari! wow!

Cuba lihat imejnya di bawah. Klik di sini untuk imej bersaiz asal .

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system