Jumaat ini, sedar atau tidak, merupakan fenomena Bulan Perigee sekali lagi. Bulan perigee bermaksud ia pada jarak yang paling hampir dengan Bumir di dalam orbit sebulannya.
Oleh itu, jangan rasa pelik jika Bulan Purnama yang kelihatan esok nampak macam besar sikit, kerana ia memang pun agak besar, iaitu 14% lebih besar dan 30% lebih terang!
Bonus bagi kita semua, Marikh akan berada hampir dengan Bulan, dan kebetulan juga ia berada di posisi Istqibalnya untuk tahun 2010.
Amat menarik kerana ia boleh dikatakan sebagai fenomena 2 dalam 1, di dalam satu malam/tarikh yang sama.
Di balaicerap Universiti Malaya, dijadualkan sebuah cerapan umum akan dianjurkan pada malam esok, Jumaat 29 Jan 2010. Semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan aktiviti malam itu.
InsyaAllah saya akan cuba hadir jika dapat selesai beberapa kerja. Jika ada, saya akan buat demo eksplorasi permukaan Bulan menerusi Mallincam bersama-sama dengan peta gergasi Bulan. Jangan setakat pandang saja, jom kenali bulan dengan lebih intim!
Dan Marikh akan cuba dicerap menerusi teleskop refractor Equinox 80mm. Kita akan cuba bandingkan perbezaan imej yang dihasilkan menerusi SCT dan Refractor.
Jom Teropong!
Image credit and copyright: Anthony Ayiomamitis: details. Source: Spaceweather.com
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.
Comments
Saya rasa spaceweather buat kesilapan. Pada masa ini, bulan berada hampir dengan apogee. Maksudnya bulan berada pada jarak yang paling jauh dalam orbitnya. Jadi saiz bulan sepatutnya kecil. Ini terbukti kerana baru-baru ini, kita ada gerhana matahari anulus. Ini kerana bulan kecil dan tak berupaya menutup seluruh matahari