Pada awal pagi 30hb Julai 2005 nanti, kita akan disajikan sekali lagi dengan himpunan 2 buah objek cakerawala yang indah, iaitu Bulan dan gugusan bintang The Pleaides atau M45.
Kedua-dua objek ini akan dipisahkan sejauh 1.5 darjah sahaja. Jika kita menggunakan teleskop berkuasa amat rendah, kita akan dapat lihat kedua-duanya di dalam satu medan penglihatan yang sama.
Untuk memudahkan lagi cerapan, adalah lebih baik jika kita gunakan binokulars. Ia adalah kerana medan penglihatannya lebih luas.
Disamping cerapan biasa, fenomena ini memberi peluang kepada pengguna digital kamera untuk mengambil foto. Dengan setting seperti night mode, saya rasa kamera kita mampu merakam kehadiran M45 di sebelah Bulan dengan mudah.
Jom Teropong
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.