Esok akan berlangsungnya Earth Hour. Bermula jam 8.30 malam sehingga 9.30, kita disarankan untuk menutup lampu selama sejam untuk menunjukkan sokongan kita memelihara bumi.
Untuk kita, peminat-peminat Astronomi, gunalah peluang ini untuk menyaksikan perbezaan bintang-bintang di langit, di antara ketika lampu menyala, dan lampu padam. Cuba perhatikan jumlah bintang yang muncul pada kedua-dua ketika. Ini merupakan satu aktiviti yang menarik dan juga satu eksperimen yang jelas yang menunjukkan betapa seriusnya pencemaran cahaya yang berlaku disekeliling kita.
Jom kita bertebaran ke lokasi-lokasi strategik dan sama-sama perhatikan jika rakyat Malaysia ini, prihatin atau tidak perihal isu ini.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.
Comments
takde orang comment pasal earth hour yang FO anjurkan ke??? hahahhaha....
Bile pulak anjuran FO? hehe.. tengah tunggu jugak foto dr photographer malam tu..
-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.
ye ke....bukan anjuran fo ke???ahhahah
Kita kata anjuran bersama la. sama2 kongsi kerja juga kan... walaupun talk utama diberi oleh FO.
(apa la lu Hamka... hahaha~)
ko ni wan....baru nak perli abg shah ...on taip ...33733 hahaha