Tarian Kejora & Musytari

Tag: arkib

[Bincang di Forum] Update! Imej disebelah merupakan sebahagian imej yang diambil pada 28 Ogos 2005. Sila ke Galeri untuk melihat keseluruhan set imej.

Jika anda melihat ke arah langit sebelah barat, setiap kali selepas waktu Maghrib, anda akan dapat lihat dengan jelas kehadiran 2 buah objek seperti bintang yang bersinar begitu terang sekali.

Objek-objek tersebut ialah planet Kejora dan Musytari. Ketika artikel ini ditulis, Kejora berada di bawah dari kedudukan Musytari, dan bersinar paling terang.

 

Sehingga awal bulan September nanti, perhatikan perubahan posisi kedua-dua planet ini. Untuk memudahkan anda, jadikan Kejora sebagai tanda. Kita akan dapati setiap hari bermula hari ini, Kejora akan bergerak semakin hampir dengan Musytari. Sehinggalah kedua-duannya berada pada kedudukan paling dekat ( dipisahkan sejauh 1.2 darjah ) pada petang 1 Sep nanti. Selepas dari tarikh tersebut, Kejora pula yang berada di atas Musytari.

Perubahan posisi planet-planet ini amat jelas, dan merupakan satu peluang fotografi yang menarik dan tidak harus dilepaskan begitu sahaja! Anda tidak perlukan teleskop untuk mengambil gambar. Cuma gunakan kamera slr biasa atau kamera digital dan set lah bukaan aperture selama 1 hingga 2 saat. Cukup menarik untuk dijadikan koleksi.

Perhatikan juga maklumat yang dipaparkan di ruangan Kalendar Samawi - Senarari Fenomena.

Apa lagi jom teropong!

[Bincang di Forum]

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system