Jika anda ingin melihat planet Zuhal di dalam keadaan seolah-olah sistem gelangnya 'hilang', sekarang adalah masanya.
Minggu ini merupakan masa dan ketika di mana sudut orbit Bumi dan sistem gelang Zuhal berada pada satah yang hampir sama. Kesannya ialah kita berpeluang melihat gelang Zuhal dari tepi. Dan disebabkan gelang Zuhal amat nipis, maka ia nampak seperti hanya seperti sebuah garisan sahaja!
Secara kiraan falaknya, kita akan berpeluang melihatnya dalam keadaan paling nipis pada bulan Sep 2009 nanti, namun ketika itu planet Zuhal amat hampir dengan matahari, dan akan menyukarkan kita mencerapnya. Waktu sekarang, iaitu hingga hujung bulan ini merupakan waktu yang sesuai.
Imej di atas telah diambil oleh ahli Falak Online, sdra William (universe24) pada Feb 2008 lepas . Imej di bawah pula ialah keadaan planet ini sekarang yang diambil oleh Paulo Casquinha dari Portugal (sumber: Spaceweather.com) . Perhatikan perbezaan keadaan gelang Zuhal.
Jom Teropong!


