Pada petang 21 Julai 2005, 14 Jamadilakhir 1426H, langit sebelah petang begitu indah dan jelas sekali.
Jika anda berada di luar rumah sebaik selepas solat Maghrib, sekitar jam 7.45 pm, di sebelah barat, kelihatan planet Venus dan sedang bersinar cerah pada magnitud -3.9 ! Di sebelah atas kiri dari Venus kelihatan bintang Regulus sedang menemani planet ini melungsuri langit barat.
Jika kita mendongak ke atas, kelihatan Musytari yang turut bersinar terang, bersama-sama bintang Spica. Dan nun rendah di kaki langit timur, Bulan purnama sedang perlahan-lahan terbit dan memulakan langkah untuk mendominasi langit sepanjang malam sehinggalah waktu Subuh nanti!
Imej Venus di atas diambil dengan hanya menggunakan kamera digital biasa sahaja, dengan bukaan aperture selama 30 saat! Saya amat alu-alukan kepada pengunjung yang mempunyai kamera digital supaya mencuba mengambil imej-imej objek cakerawala ini.
Cuba kenalpasti bintang-bintang lain yang turut kelihatan dalam imej tersebut, selain daripada Venus dan Regulus. Bagi anda yang ada ambil imej Bulan Purnama pada petang yang sama, sila lah pos kan di dalam forum Falak-Online.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.