Malam ini (22 Sep), sebaik sahaja Bulan terbit di langit sebelah timur (lebih kurang tengah malam), gunalah teleskop berkuasa rendah atau lebih baik guna binokulars, dan ceraplah ke arah objek ini.
Anda akan dapat lihat di sebalik Bulan, akan wujud serumpun bintang di sebelahnya. Rumpun bintang itu ialah gugusan bintang M45 atau Pleaides, atau juga dikenali sebagai The Seven Sisters.
Minta maaf kerana terlambat sikit untuk mengumumkan fenomena ini di laman web. Tapi bagi yang berkesempatan, gunalah peluang malam ini untuk mencerap pasangan objek yang indah ini.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.