Bermula malam esok sehinggalah awal pagi hari Selasa, Komet Lulin akan merentasi planet Zuhal! Pada ketika ia mudah dilihat di langit sekitar jam 10 malam, ia berada 3 degree dari Zuhal. Kemudian menjelang awal pagi Rabu, sekitar jam 6 am , ia menghampiri Zuhal sebanyak 2 degree! Ini bermakna ia bergerak sejauh 1 degree dalam masa 7 jam sahaja!
Rumusan daripada pencerapan yang saya buat di lokasi gelap UIAM, Gombak malam semalam ialah ia mudah kelihatan menerusi Binolukar , berbentuk sebagai sebuah 'blob' yang pudar kehijauan. Agak besar saiznya relatif kepada bintang, dan saya anggarkan ia sebesar bulan purnama. Namun, agak susah untuk mencerita kepada orang lain posisi komet tersebut kerana tidak ada bintang yang cerah berdekatan.
Jangan lepaskan peluang mengejar Lulin untuk 3,4 hari mendatang. Mudah-mudahan cuaca OK!
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.