Jangan lupa Seminar Pendedahan Dunia Astronomi UIA esok dan lusa!

Tag: aktiviti, arkib

Jangan lupa hadiri Seminar Pendedahan Dunia Astronomi yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh Astronomy Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak!!

Tanhiah kepada ahli Falak Online kita, Farhana dan geng-geng UIA beserta dengan Bro Muzammir, yang bertungkus lumus merancang aktiviti yang akan dijalankan. Semoga semua akan berjalan dengan lancar esok dan lusa.

Pembentang kertas kerja akan membentangkan kertas kerja yang cukup informatif dan teknikal. Sebuah Cerapan umum akan dijalankan pada malam esok, bertempat di Stadium UIA,  dan saya telah diamanahkan untuk mengendalikan ceramah ringkas pada malam tersebut.

Menerusi forum, saya dapati ramai juga ahli Falak Online akan turut hadir. Semoga lebih ramai yang akan turut serta dan sama-sama meriahkan aktiviti ini.  

Jom Berseminar!! 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system