Juraian meteor Lyrids akan memuncak pada awal pagi 22 April nanti. Kali ini, cahaya bulan tidak mengganggu kerana ia tinggal lebih kurang 2 hari sebelum itjimak. Di lokasi-lokasi yang gelap, dianggarkan sehingga 20 meteor sejam boleh dilihat.
Meteor Lyrids mendapat nama kerana meteor-meteor yang muncul kelihatan seolah-olah dari kawasan buruj Lyra, di langit utara. Julat kemunculan meteor ini agak lama, iaitu bermula 16 hingga 25 April , dan kemuncaknya pada 22 April.
Waktu paling sesuai mencerap meteor ini ialah 3,4 jam sebelum Subuh pada awal pagi 22 April nanti. Ketika ini, buruj Lyra sudah pun berada pada kedudukan agak tinggi.
Agak malang, tahun ini ia berlaku pada hari bekerja. Namun, bagi peminat fanatik meteor, ia bukanlah penghalang untuk membuat cerapan di lokasi yang strategik.
(Foto: contoh juraian meteor yang dirakam menerusi kaedah long exposure)
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.