Musytari kembali mendominasi langit

Tag: jom teropong, musytari, arkib

 Mustari sedang menuju ke posisi istiqbalnya untuk tahun 2008 pada 7 Julai nanti. Disebabkan pergerakan orbit planet ini jauh lebih perlahan berbanding Bumi, Musytari akan sentiasa dapat dikejar oleh Bumi setiap tahun.

Istimewanya ketika istiqbal ini ialah Musytari akan berada di langit sepanjang malam, bermula terbenamnya matahari ketika Maghrib, sehinggalah matahari kembali terbit di timur keesokan paginya.

Istilah selain daripada istiqbal ialah opposition. Ini sebenarnya merujuk kepada posisi Musytari yang berada di berlawan arah di langit berbanding matahari, atau betul-betul opposite dari matahari.

Selain daripada dapat melihat kecerahan planet ini yang cukup terang di langit timur, anda perlu menggunakan teleskop untuk benar-benar menghayati keindahan planet ini.

Menerusi binokular berkuasa 7x ke atas, dan dengan kedudukan tangan yang tetap (tidak bergoyang-goyang). kita akan berpeluang melihat sekali imbas, bulan-bulan Musytari yang akan berada di atas bawah planet tersebut.

Menerusi teleskop, planet ini akan menampilkan keindahannya sebenar. Jalur-jalur awan yang merentasinya akan dapat dilihat dengan mudah, dan jika kita bernasib baik, kita akan dapat lihat sebuah tompokan kemerahan(?) yang menandakan kedudukan sebuah ribut gergasi di planet tersebut, iaitu The Great Red Spot.

Kedudukan bulan-bulan Musytari boleh didapati menerusi utiliti "Interactive Observing Tools" di SkyTonight.com

Jom teropong Raja segala planet ini!

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system