Home

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu

Submitted by shahgazer on Thu, 19/03/2009 - 10:37.
  • Aktiviti
  • Pengumuman

Program Realiti di Kota Bharu akan bermula esok. Saya mengucapkan selamat memulakan perjalanan jauh bagi peserta yang kebanyakkannya datang dari pantai barat. Mudah-mudahan langit cerah untuk 2 malam tersebut, InsyaAllah

*************************************************************

Sebuah aktiviti cerapan 'perdana' anjuran Falak Online akan diadakan pada 20 hingga 22 Mac 2009 di pantai Mek Mas, lokasi pencerapan popular oleh selebriti Falak terkenal di Pantai Timur, iaitu Dr. Rowi. Beberapa aktiviti menarik telah dirancang. Namun, yang pasti, disebabkan lokasi tersebut amat gelap dan sesuai untuk cerapan, maka tumpuan akan menjurus kepada meningkatkan kemahiran mencerap di kalangan peminat astronomi, dan khasnya untuk ahli-ahli Falak Online.

Di antara aktiviti yang dijangka akan mencabar minda ialah menjejak objek-objek samawi tanpa menggunakan bantuan fungsi komputer di dalam teleskop, dan hanya semata-mata menggunakan carta bintang secara manual, dan kena doa lebih sikit! ;-)

Untuk maklumat lanjut, rujuk SINI. Bagi pihak yang memerlukan surat jemputan rasmi, sila hubungi penyelaras program, en. Muzamir.

Mudah-mudahan semua berjalan lancar, InsyaAllah.

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme