Tarikh melihat anak bulan Ramadhan 22 Sep 2006

Tag: ramadhan, arkib

Nota: Imej disebelah bukanlah bentuk sebenar hilal. Ia hanya sekadar ilustrasi sahaja.

Berita daripada laman web Bernama baru-baru ini menyatakan tarikh melihat anak bulan Ramadhan ialah pada hari Jumaat, 22 Sep 2006, bersamaan 29 Syaaban 1427 Hijrah.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen

Lokasi melihat anak bulan adalah seperti berikut...

 

  • Pontian Kecil di Johor
  • Balai Cerap Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka)
  • Teluk Kemang (Negeri Sembilan)
  • Bukit Melawati ,Pulau Angsa,Bukit Jugra (Selangor)
  • Pantai Pasir Panjang (Perak)
  • Pantai Aceh (Pulau Pinang)
  • Kampung Pulau Sayak; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar (Kedah);
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cetap KUSZA, Setiu (Terengganu)
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan)
  • Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu Bintulu (Sarawak);
  • Tanjung Dumpil (Sabah)
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
  • Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)
  • Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis)

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system