Fireball di Texas

Tag: arkib

Sebuah Fireball telah dilihat di siang hari dan kebetulan dirakam menerusi video di Austin, Texas, Amerika Syarikat.

Fireball merupakan sejenis meteor yang agak besar saiznya daripada kebanyakan meteor yang biasa. Kemunculannya di langit boleh mencapai kecerahan beberapa kali ganda kecerahan Bulan. Kadangkala, ia begitu cerah sehingga boleh dilihat di waktu siang.

Ada yang menyatakan apa yang dirakam tersebut merupakan serpihan daripada perlanggaran satelit Iridium dan Cosmos tempoh hari. Namun, saintis di NASA menyatakan, kelajuan objek yang dirakam tersebut lebih menyerupai sebuah meteor dan bukannya serpihan satelit yang jatuh.

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system