Perjumpaan informal ahli dan pelayar Falak-Online , 20 Nov jam 11 pagi

Tag: arkib

Sebuah perjumpaan informal Falak-Online akan diadakan di Summit USJ, bersempena
dengan Astronomy Fair yang akan diadakan bermula esok hingga Ahad ini.
Kawasan sekitar gerai salah seorang ahli forum Falak-Online, sdra CK, akan
menjadi tempat perjumpaan ini.

Oleh itu, saya mempersilakan semua pengunjung Falak-Online dan ahli
forum Falak-Online untuk sama-sama menyertai perjumpaan ini, untuk
sama-sama mengeratkan persahabatan dan silaturrahim, dan
berkongsi-kongsi pendapat dan idea. Tarikh dan waktu perjumpaan adalah
seperti di bawah.

Ahad, 20 November 2005, jam 11 Pagi.

Kalau nak jumpa dengan kaki-kaki falak-online seperti gambar di
atas, dan yang tak ada dalam gambar, jom kita jumpa di sana!! :-)

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system