Alhamdulillah cuaca di sekitar Sri Damansara, KL, pada ketika kemuncak gerhana semakin jelas dan bebas dari awan.
Berita menjelang gerhana separa
Suasana langit yang muram sepanjang petang tadi, tidak menjanjikan suasana yang bagus untuk mencerap gerhana separa ini. Namun kuasa Allah tetap mengatasi segala-galanya. Jangkaan bahawa cuaca akan terus mendung sepanjang gerhana meleset apabila jam 8.06 minit, Bulan jelas kelihatan di sebalik awan-awan yang berada di sekelilingnya.
Saya tidak dapat mengambil imej pada ketika fasa gerhana berada pada maksimum, iaitu jam 8.03 malam. Namun fasa-fasa seterusnya cukup indah untuk dilihat dan dicerap.
Saya telah memuatnaikkan imej-imej gerhana di dalam galeri falak-online. Imej-imej tersebut diambil menggunakan kamera digital lama saya, Sony Mavica FD97 pada tahap exposure 1/250 saat.
Yang menarik ketika gerhana ini berlaku ialah bertalu-talu sms hadir dari sahabat-sahabat peminat falak seluruh nusantara, dari Perak ke Terengganu, sekitar KL ke Brunei, semuanya sama-sama mahukan maklumat terkini cerapan gerhana kali ini.
Jika anda mempunyai foto gerhana yang berjaya dirakam, sila kongsi bersama di forum falak-online.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.