DSLR astrofotografi

Tag: astrofotografi, arkib

(Foto di kiri oleh Redzuan

Fenomena juraian Geminids sudah pun tamat. Beberapa ahli FO telah melakukan aktiviti di pelbagai lokasi dan dengan hasil yang begitu memuaskan. Sila lihat laporan INI dan INI. Namun, saya sendiri teruja dengan keupayaan kamera DSLR dalam menghasilkan potrait langit yang cukup indah. Merujuk kepada aktiviti Geminids, saya telah melakukan beberapa eksperimen dengan hanya menggunakan Canon 300D dan lens 50mm f/1.8. 

Terima kasih diucapkan kepada bro Redzuan kerana dari dulu lagi memujuk saya membeli lens tersebut dan memang hasil yang berbaloi. Walaupun saya tidak mempunyai latar belakang fotografi, namun jika saya dapat hasilkan beberapa siri foto langit seperti INI, saya yakin anda semua boleh sama-sama turut mencuba.

Apa yang anda perlu ialah lokasi yang baik. Gelap dan jauh dari sebarang cahaya bandar. Lokasi di Gopeng cukup bagus, tetapi tidak pada keseluruhan langit. Menerusi foto yang di ambil oleh Redzuan di Bukit Fraser, kita semua boleh lihat betapa keadaan langit gelap membolehkan kita mendapat hasil yang cukup memuaskan. Dedahan selama 8 atau 10 saat pun sudah memadai mengambil gambar buruj tanpa kesan trailing.

Cukup menarik untuk diterokai lagi! 

Comments

ahpeace
Tue, 15/12/2009 - 16:24

nak tanya laa, ni bape aperture die? best best!

jazli
Wed, 16/12/2009 - 02:23

lawa giler gambar..
camera jenis aper yg abg redzuan guna nie??
and lens ape??

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system