[Foto di sebelah ehsan dari Nasir (UIA) ]
Hari Falak/Astronomi Negeri Melaka 2008 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 dan 11 Mei lepas. Daripada segi penyertaan agensi-agensi berkaitan, boleh dikatakan tahun ini ia cukup meriah lebih-lebih lagi ia dilakukan di bangunan baru Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
Saya telah diamanahkan oleh Cikgu Kassim untuk menjadi juruacara majlis untuk sesi syarahan sebelah pagi, yang mana ia disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa dari Jabatan Matematik UPM. Seperti mana yang saya ramalkan, pengisian beliau perihal kemajuan bidang Astronomi Islam dan sumbangan langsung Al-Khawarizmi di dalam ilmu ini, cukup berkesan sekali.
<more..>
Majlis perasmian telah dilakukan sekitar jam 10.30 pagi oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Kalau tak silap saya lokasi pertama yang dilawatinya ialah Balaicerap baru, yang memuatkan teleskop terbesar di Malaysia, iaitu jenis RCOS 24".
Sepanjang tengahari itu, saya berada di dalam Balaicerap, melayan tetamu yang hadir. Dapat juga berjumpa dengan sahabat lama dari Kelab Astronomi Petronas. Selain promosi teleskop, sesi promosi Falak Online juga telah dilakukan.. ;-) . Bro Aziz dan isteri turut hadir, serta Farhana, Nasir dan geng UIA turut memeriahkan suasana.
Di sebelah petang pula, pengunjung berpeluang mendengar syarahan umum dari Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz. Auditorium yang penuh sesak dengan pengunjung, sehingga ke anak tangga, telah berpeluang mendengar sendiri pengalaman beliau di dalam persediaan menjadi Angkasawan. Terus terang saya boleh katakan Mejar Faiz jauh lebih hebat dari segi keupayaan menerangkan pengalaman yang dilaluinya, berbanding Dr.SMS . Tahniah! Salute!
Saya juga telah diwawancara oleh Radio RTM Melaka sekitar jam 3.30 petang. ;-) Tapi rasanya tak ada yang dengar kot!
Di sebelah malamnya, sesi cerapan umum telah dilakukan di persekitaran kawasan balaicerap yang lama. Kalau tak silap saya, lebih dari 7 buah teleskop telah dipasang. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kompleks Falak kerana meminjamkan soket untuk digunakan di TV, yang mana saya pancarkan signal Mallincam dari teleskop.
Saya terpaksa pulang ke KL pada tengah malam Sabtu tersebut, jadi saya tidak pasti apa yang berlaku pada keesokan harinya.
Namun begitu, saya rasa berpuas hati dengan aktiviti Hari Falak kali ini. Ramai juga rakan-rakan Falak dari JUPEM, Jbtn Mufti Negeri Selangor, Kelantan, pasukan Dr.Chong dari USM, INSTUN, Perseids, Persatuan Falak Syarie Malaysia dan banyak lagi yang tidak sempat saya rakamkan. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Mufti Negeri Melaka kerana berjaya merasmikan Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang tersergam indah di Tanjung Bidara. Semoga Ilmu Falak terus berkembang di Negeri Melaka dan mewujudkan Tsunami Falak ke seluruh negara menjelang International Year of Astronomy pada tahun 2009.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.