Perisian Astronomi

Tag: perisian, rujukan

Saya menerima banyak permintaan daripada pendengar sesi ceramah saya bertanyakan berkenaan perisian simulasi yang digunakan. Secara amnnya, saya menggunakan 3 buah perisian yang boleh dikatakan amat berguna dari segi pembelajaran dan perkongsian ilmu. Saya senaraikannya perisian tersebut seperti di bawah:

Starry Night Pro

Perisian Starry Night Pro ini merupakan sebuah perisian yang cukup 'powerful' dari segi jumlah maklumat yang diberi sehingga kepada penyampaian visual yang cukup menarik. Selain daripada ia boleh menunjukkan keadaan langit pada satu-satu ketika, ia juga memboleh kita mengembara keluar daripada bumi sehingga ke penghujung alam semesta yang diketahui oleh manusia sehingga hari ini.

Penyampaiannya banyak menggunakan grafik dan OpenGL. Oleh itu komputer anda perlu mempunyai graphic card yang berkuasa tinggi dan juga RAM yang mencukupi. Saya menggunakan versi lama, iaitu 4.5.2 kerana bagi ia versi yang paling maksimum yang mampu dijalankan oleh laptop saya. Versi 5 ke atas, simulasi langitnya mula digabungkan dengan foto sebenar (asal daripada perisian Desktop Universe). Walaupun cantik, tetapi saya dapati masa renderingnya agak perlahan dan mengganggu kelancaran presentation saya.

Perisian ini malangnya tidak percuma dan kena beli.

Laman web Starry Night

Stellarium

Stellarium merupakan satu lagi perisian yang boleh menunjukkan keadaan langit dalam bentuk visual yang cukup realisitik. Ia semakin menarik perhatian saya, dan rasanya mampu mengambil alih tugas Starry Night Pro kelak. Ia juga memerlukan PC yang agak kuat kerana rendering 3Dnya agak ekstensif.

Laman web Stellarium

Celestia

Untuk persembahan simulasi planet-planet, saya menggunakan Celestia. Ia merupakan perisian yang cukup popular kerana kemampuannya menghasilkan suasana dan keadaan sesebuah planet yang begitu realistik. Seperti juga Stellarium, PC anda perlu cukup 'power'.

Laman web Celestia 

Penafian: Saya tidak ada kaitan langsung dengan pengeluar perisian di atas dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kerosakan yang mungkin berlaku hasil daripada penggunaan perisian tersebut. 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system