47 Meteor Geminids dalam 90 minit - Pantai Kelanang Baru

Tag: aktiviti, meteor, arkib

Semalam, saya dan Muzzamir, telah menyertai team Sunlay yang berada di Pantai Kelanang Baru untuk buat cerapan 'main-main' meteor Geminids! Turut bersama ialah Cikgu Mohd Noor dan Pak Long, otai Falak di Kuala Langat!

 Cuaca sungguh cantik, dengan buruj Orion, Gemini begitu penuh dengan bintang-bintang. Dah lama tak dapat tengok bintang sebanyak itu!!

Dan cerapan selama 1 1/2 jam, bermula dari 11.30 malam hingga ke 1 pagi, kami telah mengira sebanyak 45 buah meteor Geminids, yang muncul dalam pelbagai bentuk! Subhanallah! Memang cantik dan indah sekali! Laughing

Dijangkakan jika cuaca OK malam ini, lebih banyak Geminids akan dapat dilihat. Jom ke Ulu Yam malam ni!! 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system