Bersempena dengan IYA 2009 nanti, saya di dalam proses untuk menambah bahan rujukan di FO. Oleh itu, saya melancarkan Projek Astrofotografi Bersama Falak Online.
Saya amat memerlukan bantuan ahli-ahli semua untuk 2 projek astrofografi di bawah:
1. Foto wide-angle 12 buah Buruj Zodiak
2. Foto wide-angle Bulan untuk KESELURUHAN FASA Bulan, dari Hilal sehinggalah ke Bulan Sabit Tua.
Foto-foto ini akan dipaparkan di laman web utama Falak Online, sebagai rujukan pengunjung-pengunjung yang berminat.
Nama pengambil foto berkenaan boleh diletak BERSAMA-SAMA dengan Foto yang diambil, kalau boleh dalam bentuk signature (contoh mcm mymoon,Cassini selalu buat) . Sila detailkan equipment dan setting yang digunakan. Untuk projek foto Bulan (no.2), sila berikan juga exactly tarikh dan waktu ketika foto diambil, kerana saya perlu bandingkan dengan simulasi perisian.
Kesemua foto di atas perlu lengkap menjelang 31 Disember 2008.
Disebabkan cuaca Malaysia ni tak menentu, jadi tak mungkin saya seorang dapat lengkapkan tugasan di atas berseorangan, maklumlah susah nak dapatkan cuaca OK sepanjang bulan. Jadi, itulah saya amat-amat harapkan bantuan geng-geng semua.
Mungkin kita boleh buat bersama-sama astrofotografi outing pada hujung hujung minggu cuti sekolah ini, untuk projek ini.
Segala bantuan amat-amat dihargai!
Terima kasih.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.