Konvensyen Falak Selangor 2008

Tag: aktiviti, arkib

 Konvensyen Falak Selangor 2008 kembali lagi. Tahun ini ia akan diadakan di SIRIM Berhad, Seksyen 2 Shah Alam pada 19-20 Julai 2008


Bersesuaian dengan tajuk "Matahari: Bintang Di Dalam Solar Sistem", seminar yang diadakan tahun ini akan berkisarkan dengan bintang yang paling hampir dengan Bumi kita iaitu matahari.

Pembentang-pembentang kertas kerja tahun ini terdiri daripada tokoh-tokoh Falak Malaysia. Di antaranya Ustaz Hanapiah (Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Johor), Prof. Dr. Mohd Zambri Zainuddin (UM), En.Baharuddin Zainal (UDM) dan Cikgu Kassim Bahali (Kompleks Falak Al-Khawarizmi).

Jangan lupa pada malam hari Sabtu tersebut, turut diadakan sesi cerapan Langit Malam, yang akan dilakukan selepas talk-show oleh seorang ahli astronomi amatur ;-)

Pada sebelah pagi Ahad, dijadualkan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar akan menyampaikan ceramah "Pengalaman Seorang Angkasawan", sekitar jam 10.30 pagi.

Tahun ini saya tak sempat untuk buka gerai Falak Online di sana, ampun dan maaf ya Pak.

Maklumat lanjut di laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor

Jom kita berjumpa di sana!

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system