Kejora dan Marikh kurang 1/2 darjah antara satu sama lain hari ini!

Tag: arkib

Menjelang 13 Ramadhan petang nanti, sudi-sudilah pandang rendah di ufuk Barat, selepas waktu berbuka puasa. Ini adalah kerana pada petang ini, pasangan planet Kejora dan Marikh akan berada begitu hampir antara satu sama lain.

Disebabkan Marikh sudah berada begitu hampir dengan matahari dan rendah di ufuk, agak sukar untuk kita menjejakinya. Lain pula ceritanya untuk planet Kejora. Dengan kecerahan yang melampaunya, ia cukup mudah untuk dikesan, kelihatan seperti sebiji bintang yang cerah di ufuk langit sebelah barat.

Kecerahan Marikh ketika ini ialah pada magnitud 1.7, Kejora pula pada magnitud -3.9 .

Untuk memudahkan kita melihat kedua-dua planet ini, gunalah binokulars atau teleskop berkuasa rendah. Kedua-dua planet ini akan dipisahkan sejauh 23 arc minit. Sebagai panduan, diameter Bulan di langit ialah sekitar 30 arc minit atau 1/2 darjah.

Jika teleskop anda boleh memuatkan keseluruhan Bulan di dalam satu ruang penglihatan (field of view), untuk fenomena petang ini, anda pasti boleh melihat kedua-dua planet ini serentak.

Jom Teropong! 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system