Gerhana Bulan Separa - 17 Okt 2005

Tag: arkib

Lunar eclipse animation, credit Larry Koehn

Bulan akan mengalami Gerhana Separa pada 17 Oktober 2005 nanti dan ia boleh dilihat dari Malaysia. Fenomena gerhana ini sebenarnya sudah bermula pada jam 5.51 ptg di mana Bulan ketika itu memasuki kawasan penumbra, dan tamat pada jam 10.15 malam. Ia berada pada fasa gerhana maksimum pada 8.03 malam.

Disebabkan gerhana ini bukannya gerhana penuh, tetapi hanya SEPARA, maka Bulan tidak akan kelihatan gelap sepenuhnya, sebagaimana ketika Gerhana Bulan Penuh.

 

Sila lihat gambarajah ini.

Maklumat di bawah dikira menerusi perisian Skymap Pro 8

Moon enters penumbra: 2005 Oct 17 17:51:22
Moon enters umbra: 2005 Oct 17 19:33:55
Maximum eclipse: 2005 Oct 17 20:03:15
Moon leaves umbra: 2005 Oct 17 20:32:22
Moon leaves penumbra: 2005 Oct 17 22:15:04

Umbral magnitude: 0.068
Penumbral magnitude: 1.084

Duration of umbral phase: 0h 58m 27s
Duration of penumbral phase: 4h 23m 42s

Secara kesimpulannya, ketika Bulan terbit di kaki langit Timur di waktu Maghrib, ia sedang memasuki kawasan umbra.

Rasanya, kita boleh menggunakan peluang ini untuk merakamnya menerusi kamera-kamera digital yang sedia ada.

Jom Teropong.

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system