Bulan menghijab Antares 14 Ogos nanti!

Tag: arkib

Pada jam 8.45 malam, 14 Ogos 2005 nanti, kita akan dihidangkan dengan fenomena penghijaban atau occultation di antara Bulan dengan bintang Antares.

Apa yang berlaku di sini ialah, Bulan akan bergerak perlahan-lahan ke arah kedudukan bintang Antares, dan pada jam 8.45 PM waktu KL, ia akan melindungi atau menghijab cahaya dari Antares.

Dengan mata kasar, kita akan lihat Antares tiba-tiba hilang dari pandangan!

Fenomena ini boleh dilihat dengan mata kasar, tanpa perlu bergantung kepada mana-mana alat cerapan. Kita juga boleh menggunakan kamera (digital atau SLR) untuk mengambil detik-detik ketika berlaku penghijaban ini.

Jom Teropong!

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system