Kompleks Yayasan Al-Jenderami di Sepang, Selangor akan menganjurkan Majlis Ijtima' Ulama Pondok Senusantara ke-2, bersempena dengan sambutan Maulidurrasul 1428 Hijrah, bermula 12 hingga 15 April 2007 bersamaan 24 hingga 27 Rabiul-Awal 1428.
Tema tahun ini ialah Mengembalikan Warisan Nabawi di Nusantara.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Yayasan Al-Jenderami di www.aljenderami.com.my
InsyaAllah, saya akan turut berada di sana untuk buat sesi cerapan umum pada hari Jumaat (13 April ) dan Sabtu (14 April) pada sebelah malamnya. Cari banner Falak-Online.
Jika ada ahli Falak-Online berada di sekitar yayasan tersebut jemputlah ke sana!
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.